Wednesday, December 29, 2010

...........

Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan saya hari ini...
Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan saya untuk tahun hadapan....

Benarlah..

Allah akan uji hamba-hambanya mengikut kemampuan mereka..

Alhamdulillah...syukur....

Niatkan dalam hati..melakukan yang terbaik, ikhlas, segala pekerjaan yang kita lakukan sebagai ibadah...

Insya Allah...keberkatan pada ilmu dan harta akan membawa kepada kebahagiaan umpama mentari yang menyinari alam..


Semoga rasa cinta pada ilmu ini akan hadir dan terus hadir.....tidak jemu..tidak tension.....subur..dan terus mekar di dalam hati..... insya Allah...



....... arni ..........


..... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat .....

Friday, December 24, 2010

cinta....


..... CINTA....is.... LOVE......

..... LOVE ....is....CINTA....

Alhamdulillah jika masih ada rasa cinta dalam hati...

Cinta kepada Allah..
Cinta kepada Nabi..
Cinta kepada ibu dan ayah...
Cinta kepada keluarga...
Cinta kepada guru...
Cinta kepada rakan...
Cinta kepada jiran..
Cinta kepada alam..
Cinta kepada kedamaian..ketenangan...
Cinta kepada ilmu....

.....beruntungnya orang yang masih ada rasa cINTa di dalam hati.....

namun..jika rasa cinta ini hilang...

manusia akan hilang arah tujuan hidup..
manusia akan derhaka kepada ibu ayah..
manusia akan bermusuh dengan rakan..hasad dengki..iri hati...merasakan diri hebat..
manusia akan rakus merosakkan alam...
manusia akan menjadi kejam dan zalim..nyawa manusia tidak berharga...
maruah manusia akan dipijak..dan dihina..

andaikata haiwan boleh berkata-kata..mungkin haiwan ini akan berkata.."Manusia ni pun macam aku.." kepada manusia yang memiliki jiwa yang kosong, hati sekeras batu dan mempunyai akal tetapi 'tidak berfungsi' ...


...... CINTA is LOVE.....

.... LOVE is CINTA.....



" Ya Allah..jauhkan kami daripada fitnah dan aib di dunia dan di akhirat "

......amin....




................. arni .........................


................ sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat ..........................



Thursday, December 16, 2010

bagaikan puteri....ramlee awang murshid



"Entah apa lah yang best sangat abang syukry baca tu..." bisik saya di dalam hati. Pelik..apabila melihat abang saya tekun membaca sebuah novel..dan meminjam banyak buku karya seorang penulis ini. Sebelum ni, saya jarang melihat dia membaca novel tetapi saya abaikan sahaja novel tu sebab tuntutan kerja tidak membolehkan saya membaca novel.

Saya sebenarnya sudah lama tidak membaca novel sebab selepas zaman persekolahan, saya lebih suka membaca buku-buku yang boleh menyuntik motivasi kecuali novel karya dua orang sahabat saya iaitu 'Melakar Cinta Firdausi' oleh Aimi dan Aini. Ha, buku ni best. Promote jap =) Bukannya apa, kadangkala rasa agak bosan apabila membaca novel-novel yang kebanyakannya hanya berkisar cinta sahaja dan kadangkala tidak membawa mesej.

Apabila cuti sekolah bermula, barulah saya cuba 'mengintai' novel tersebut. Saya pandang tajuk dan ilustrasi buku tersebut.."Bagaikan Puteri" oleh Ramlee Awang Murshid. "Hmm..ni mesti kisah cinta lagi"..saya bisik lagi ke dalam hati. Tetapi persepsi saya berubah apabila mula membaca novel ini. Olahan cerita yang baik, penyusunan ayat yang menarik, unsur2 dakwah , keberanian menentang kejahatan, mistik, perjuangan,keyakinan,cinta pada Allah,manusia dan kejujuran dalam bersahabat menjadikan novel ini amat menarik dibaca.

Sebelum saya mengakhiri post saya kali ni..saya nak share sedikit pasal novel ni.

Haryani dan Saifudin, dari dua zaman yang berbeza iaitu zaman alaf 21 dan zaman abad ke 15, dipertemukan dengan izin Allah ketika Haryani koma di zaman alaf 21. Saifudin yang dikenali juga sebagai Laksaman Sunan seorang yang warak,jujur,hebat dalam ilmu kepahlawanan sama ada sesama manusia atau menentang pengikut syaitan.

Penulis berjaya mengolah cerita ini dengan memasukkan cerita sejarah mengenai Kesultanan Melayu Melaka, Hang Tuah sehinggakan kadangkala membuatkan kita terfikir, benarkah Laksamana Sunan yang terkenal di bandar Aceh ini wujud pada zaman Hang Tuah. Laksamana Sunan ni sebenarnya orang Melayu tetapi membawa diri ke Aceh akibat difitnah.

Laksamana Sunan walaupun hebat di mata manusia tetapi sangat patuh kepada agama dan merendah diri. Fitrah manusia kepada rasa sayang, mengheret Haryani untuk memilih antara dua iaitu kehidupan abad ke 15 atau abad ke 21 dan hanya kematian di salah satu zaman yang membolehkan Haryani hidup di zaman satu lagi.


" bernafaslah atas nama TuhanMu yang Maha Agong. Pulanglah..kami menanti kepulanganmu ke pangkuan kami semua. Bernafaslah atas nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Di sinilah Dani, lelaki dalam abad ke 21 sentiasa memberi sokongan dan berbicara dengan Haryani yang pada ketika itu sedang koma untuk mengajaknya pulang ke abad 21 walaupun Dani tidak pernah kenal dengan Haryani. Adakah naluri ini kerana Dani dikatakan keturunan keluarga Laksaman Sunan ?? dan kehidupan yang manakah Haryani pilih??? Abad 21 atau kurun ke 15??? Kenalah baca sendiri ye..he.. Selamat membaca..



Semoga penulis yang memasukkan unsur dakwah dan peringatan yang baik kepada manusia sentiasa tumbuh bagaikan cendawan. Tidak lupa kepada Faisal Tehrani, A. Latip, dan Habiburrahman..teruskan dakwah anda dalam penulisan. Oh ya.. Aini dan Aimi..buat sambungan novel ye..

dan bagi pembaca pula..kita perlulah meneliti sejarah,hadith dan ayat Quran yang digunakan dengan sebaiknya kerana kadangkala terdapat penulis menggunakannya dan diolah dalam bentuk cereka untuk menjadikannya menarik. Jadi, sekiranya was-was mengenai sesuatu perkara..jangan malu bertanya kepada yang lebih arif.

Sekian..selamat membaca buku yang bermutu. Wassalam...




................ arni .....................................

............. sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat .........................



Monday, December 13, 2010

Al kisah...bila mula sekolah.....




Apa??? Back to school????



Maka..bermulalah adegan seperti berikut....


1) Beberapa hari sebelum sekolah bermula...


"
Aduh..rambutku.." Boys akan menangis melihat rambutnya gugur di kedai mamak...

(Kalau tak potong pun TAK PE..sebab boleh dapat perkhidmatan
'free' daripada guru disiplin..) =p



Seterusnya...


2) Pada malam sebelum esoknya sekolah..Mak dan ayah sudah mula bertanya itu dan ini....


"Sayang...dah masukkan pen,pensel,pemadam,pembaris..??"

"Kakak..dah gosok baju??? "

"Abang..berhenti main game..tidur awal..esok sekolah.."




3) DAN.......Pada awal pagi.....riuh lagi rumah.....


..Kring....Kring....Jam loceng berbunyi..

"Along...bangun..achik ..bangun...sekolah..solat Subuh dulu.."

Kalau masih ada yang tak mahu bangun..mungkin ada di antara kita yang tiba-tiba menjerit dan menyapu air di muka dan memerah baju.....
( sama ada dipiyat telinga..atau lebih tragis lagi..disimbah air..) kesian...he



4) Akhirnya...dengan bersusah payah..kita pun mandi2 dan bersiap sedia untuk ke sekolah.....


Waktu kita kecil-kecil dulu..mesti dah ada sarapan kat atas meja..siap ada botol air dan bekal..opps..lupa pula..duit belanja pun ada..Mak siap pesan...

"Simpan duit elok2..beli lah apa-apa..kalau ada lebih..boleh masuk tabung.."=)




5)
Lalu mak atau ayah kita pun hantar kita ke sekolah.. Ada juga..kawan2 kita yang kena naik bas...



Walaupun penuh...tetapi seronok juga sebab dapat jumpa kawan2..macam cerita "Geng Bas Sekolah" he...

dan adakalanya paling tak best apabila kita diambil paling awal..tetapi dihantar balik paling lambat...bas pusing2..hu..


6) dan Akhirnya...kita pun sampai di sekolah...


Yang bestnya..dapat jumpa kawan2 dan cikgu2....



Yang tak bestnya..apabila kita lihat ada kawan2 kita yang .......




......MENANGIS......

Nak tahu kenapa tak best???

Sebab kita pun rasa nak MeNANgis sebenarnya.....huhu..tapi nasib baik kita kesian kat mak ayah kita..dan ingat pesan mak ayah..

" Xx..sekarang Xx dah besar..jadi tak boleh nangis2 tau.." jadi kita tAhaN je...


7) dAn Apa yang penting...kita nak belajar dan kutip ilmu dari cikgu...


.

sebab..kita nak
BERJAYA dunia dan akhirat....


.


........Insya Allah.....


" Orang yang berilmu itu lebih tinggi darjatnya di sisi Allah..."



p/s: Rekaan semata-mata..tiada kaitan dengan sesiapa pun...=)



***************************




...... arni.....

......sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat........






Thursday, December 9, 2010

rahsia alam...



sAYa suKA gambar-gambar ni.....klu awak tak suke..xpelah..sy tak kisah pun..hihihi...



......Si rama-rama sedang makan nanas....


..... jalan yang lurus .....


..... alam yang amat mendamaikan ......




....alam yang mengandungi seribu rahsia..yang hanya diketahui oleh Penciptanya yang
Maha Agong..

.... sesungguhnya beruntunglah orang yang mahu berfikir tentang kejadian alam ini .....





....arni......
......sebarkanlah ilmu walau sepotong ayat.......

Saturday, November 6, 2010

kisah anak saudara ..

"dik na..ambilkan pampers tu....." cik ani menunjukkan kpd dik na di mana pampersnya.

Dik na pun pergi ke arah pampers..tetapi tidak mengambil pampers sebaliknya sengaja mengambil barang-barang lain..

" yang ni ke cik ani ??" sambil mengangkat begnya..
"bukanlah dik..yang tu.."

" yang ni ke cik ani ??" dik na mengangkat bukunya pula..sambil membuat muka nakalnya..

"eh..bukanlah dik...yang tu.." cik ani menaikkan sikit suaranya..

" cakap elok2 sikit.." dik na menjawab..

"oklah..dik na...ambik pampers tu..cepatla..." cik ani sedaya upaya melembutkan suaranya..memujuk..

" yang ni ek cik ani.." sekali lagi adik sengaja mengambil bantal pula dan menunjukkan ke arah cik ani nya..adoi....

last2 cik ani nya yang sudah keletihan..menyanyi menyuruh dik na mengambil pampersnya..

" wahai adik...cepatlah ambik pampers...." la..la..la..
tetapi belum sempat cik ani habis menyanyi..dik na menyampuk...

" ok dah..dah...jgn nyanyi lg..nak muntah.." dan terus menyuruh cik ani memakaikan pampers untuknya... adoi !!!! sabo je la...

dik na...dik na....ish2....tetapi cik ani tetap sayang dik na...=)

p/s: semoga bersabar melayan kerenah anak2 kecil ini...hehe...

Thursday, November 4, 2010

~ hikmah

salam...

lebih kurang 2 tahun lebih saya meninggalkan dunia kampus..dan alhamdulillah kini sudah memasuki alam pekerjaan....

baru-baru ini..saya dipanggil untuk menghadiri taklimat induksi..iaitu satu sistem baru di mana kami hanya perlu menghadiri kursus induksi selama 3 hari dan dikehendaki menghantar 2 asgnmnt ketika mendaftar kursus kelak..tidak lupa juga kami dibekalkan dengan cd yang mengandungi nota2...

pada mulanya..rasa teramatlah berat kepala dan terbeban kerana sudah lama tidak menghadap internet untuk mencari bahan rujukan ilmiah apatah lagi mengenai dasar-dasar kerajaan...

tetapi kini..alhamdulillah..saya sudah boleh menghadapinya...dan sedang berusaha sebaik mungkin untuk mencari bahan...seterusnya menghasilkan asgmnt yang bermutu walaupun keje2 'menggoreng' dan 'mencampur adukkan rempah-ratus' perlu juga ditambah he...

saya cuba memaksa diri untuk memandang tugasan ini ke arah yang positif...yang dapat mencakna minda saya...ke arah yang lebih baik...menjadi seorang yang lebih berpengetahuan luas...kreatif..dan berfikiran jauh...dan mungkin hikmahnya.. sebagai persediaan mental jika saya berpeluang menyambung pelajaran...insya Allah...

adakah saya mampu menghadapinya???

insya Allah..Allah akan membantu hambaNya yang berusaha....

gambate !! chaiyok2 arni.... !!! dan tidak lupa juga kepada rakan seangkatan...anda pasti BOLEH !!

..... arni.......

..... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat .......

Thursday, September 30, 2010

bagaimana kasih sayang Allah...


selalu kita fikir..bila segala doa kita dimakbulkan..baru Allah sayang..

tetapi pernah ke kita terfikir..

apabila kita masih bernafas..itu tandanya Allah sayang kita..

apabila kita dapat minum dan makan..itu tandanya Allah sayang kita..

apabila kita masih mempunyai keluarga..itu tandanya Allah sayang kita..

apabila kita dikelilingi rakan yang baik..itu tandanya Allah sayang kita..

apabila kita masih diberi akal untuk berfikir, anggota badan yang sihat..itu tandanya Allah sayang kita..

bagaimana pula jika doa kita tidak dimakbulkan??

bertenang..itu juga tandanya Allah sayang kita..=)

mungkin..apabila kita menerima kegagalan..Allah menyuruh kita berfikir dan bermuhasabah diri..

mungkin..apabila kita diberi ujian sakit..Allah menyuruh kita sentiasa mengingatiNya..dan penghapus dosa-dosa..

mungkin..kita tidak menerima tawaran/peluang yang kita inginkan...Allah menyuruh hambaNya tidak berputus asa..terus berdoa kepadaNya..

inilah yang dinamakan HIKMAH.... masih tidak SAYANG kah Allah pada kita ????????

Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang..arrahman..arrahim....


...... arni ..............

.... sebarkanlah ilmu walau sepotong ayat ......

Saturday, July 17, 2010

....insya Allah...


tukar lagu tema blog..insya Allah..by maher zain..

insya Allah...maknanya...dengan izin Allah...(thanx to kak azian,jiran tempat duduk saya di sekolah....kerana secara tdk sengaja memperkenalkan lagu ni kpd sy..setelah sy mendgar k.azian menyanyi kecil di tmpat duduknya..he..)

jika kita rajin kerja dan ikhlas...insya Allah rezki kita akan berkat...
jika kita berbaik sangka...insya Allah semua orang akan suka kita...dan kita tak akan bermasam muka dengan orang..
jika kita suka puasa sunat..insya Allah..badan kita akan maintain n sihat...
jika kita suka solat....insya Allah..kita tidak akan melakukan perkara yang mungkar...
jika kita menepati janji...insya Allah..orang akan percaya kepada kita..
jika kita jujur...insya Allah kebaikan dan rezki yang tidak disangka-sangka pasti akan diperoleh..
jika kita sabar...insya Allah...Allah pasti akan beri ganjarannya...
jika kita baik...insya Allah..jodoh dan rakan-rakan kita juga dengan orang yang baik..

***

jika kita suka aniaya orang...berhati-hatilah..sebab doa orang teraniaya itu makbul..
jika kita tidak solat..pasti akan terpadam nur di wajah kita..
jika kita bakhil...kelak Allah akan tarik rezki kita..
jika kita suka menghina orang..pasti kita akan dipandang hina oleh Allah..
jika kita suka melawan ckp guru atau ibubapa..kelak hidup pasti tidak berkat...ingatlah hidup ini ibarat roda..what you give..you will get back !!

tetapi ...

jika kita hanya cakap..tapi tak buat...itu ibarat pokok yang tidak berbuah...

jika kita ditimpa musibah...anggaplah itu ujian dan dugaan dari Allah...bersabarlah..maafkan orang lain...doakan dia....

yakinlah...janji Allah itu benar...

"setiap kesusahan itu ada kemudahan.."

bersabarlah wahai diri...dekatkan diri dengan Allah..kerana Allah tidak akan tinggalkan hambaNya keseorangan....

Muhasabah diri selalu.......

insya Allah...Allah akan sentiasa bersamamu..
insya Allah..you'll find your way....


...... arni ......

.... sebarkanlah ilmu walau sepotong ayat....

Friday, July 16, 2010

......lampu isyarat........



merah...hijau....kuning........inilah 3 warna lampu isyarat..yang pernah saya tengok sepanjang saya hidup ni..

bila merah..kt kena berhenti...
bila kuning...kt harus bersedia utk berhenti..tetapi selalunya yg orang buat..bersedia untuk pecut..=)
bila hijau...kt boleh bergerak dan jalan...

macam itulah kehidupan saya hari ni...

kadangkala saya rasa saya perlu mengikut arahan warna merah..perlu berhenti atau menghentikan apa yang saya hendak buat..apa yang saya perlu cakap..apa yang saya perlu luahkan...jika itu yang terbaik untuk saya dan orang sekeliling saya..

kadangkala saya rasa perlu mengikut arahan warna kuning...perlu bersedia..maksudnya..apabila melihat anak murid yang bergurau atau yang tidak tahu jaga mulut..saya perlu bersedia untuk bertindak...supaya ia tidak terus merebak ke arah pergaduhan..
atau...saya perlu bersedia untuk menghantar sesuatu/ menyiapkan sesuatu dengan secepat mungkin sebelum masa yang ditentukan tiba..

dan..kadangkala..saya perlu mengikut arahan warna hijau...kena bergerak dan jalan.. maksudnya apabila kadangkala saya harus meneruskan amanah yang telah diberikan..walaupun masa yang diberikan tidak mencukupi..on the dot...atau perkara itu tidak saya sukai..saya harus juga meneruskannya...
atau..saya rasa arahan lampu hijau ini perlu jika ada perkataan yang tidak munasabah masuk ke telinga kita...yang boleh memeningkan...yang menyebabkan jiwa kita tidak tenteram...especially jika bukan kita yang melakukannya...just let it GO.... like a green traffic light...=)

lampu isyarat n agama

begitu juga..klu sesuatu itu memang tidak boleh dibuat atau dilarang oleh agama..contohnya tidak boleh mendedahkan aurat..tidak boleh memakan khinzir..tidak boleh meminum arak...tidak boleh berzina...kita kena mengikut arahan lampu merah..STOP...STOP TO DO IT...STOP YOUR ACTION !!

klu sesuatu itu masih samar-samar..seperti perkara syubahat...lebih baik kita meninggalkannya jika lebih menjurus yang tidak baik...seperti lampu kuning..yang menyuruh kita bersedia..

dan..jika perkara itu sesuatu yang baik..mendatangkan manfaat..kepada diri atau masyarakat..JUST DO IT....teruskan perjalananan kita..atau..jika perkara itu membawa kerosakan atau mudhorat kepada kita..JUST LEAVE IT..seperti lampu hijau....bermaksud teruskan...atau pergi...

itulah serba sedikit warna-warna lampu isyarat..dalam kehidupan saya..dan mungkin juga kehidupan anda =)

JADI..jika kita tidak mengikut aturan lampu isyarat itu..saya pasti kehidupan kita pasti tidak teratur..ibarat apabila orang melanggar lampu isyarat..yang kadangkala menyebabkan keadaan jalan raya terganggu dan kucar-kacir...

PERCAYA dan YAKIN lah pada sunnatullah.."Sesungguhnya apa yang telah Allah aturkan kepada ciptaanNya adalah yang terbaik untuk mereka..."


Wallahualam....


..... arni .....

.... sebarkanlah ilmu walau sepotong ayat .......

Thursday, July 8, 2010

saje je..entah apa2 ntah..=p

kilau...silau.....berpinar-pinar atau bergemerlapan...hehe...

apa yg pnting..USAHA... TAWAKAL....baru .....MANTOP.... =)

Tuesday, June 15, 2010

12 jun ..terciptanya sebuah kehidupan..

alhamdulillah masih diberikan nikmat iman,Islam, kesihatan yang baik,pekerjaan yang mulia,rezki yang halal..

alhamdulillah masih dikelilingi oleh keluarga yang penyayang, yang sentiasa mengambil berat,yang memahami diri ini...

alhamdulillah masih ditemani oleh rakan2 yang baik..yang sentiasa saling mengingatkan...aini,tikah,aimi,shikin..pertemuan bulan Jun yang amat bermakna walaupun sekejap..

alhamdulillah...tahun ini bertambah setahun lagi usia saya...

semoga saya akan bertambah matang dalam menghadapi kehidupan ini...
semoga saya akan mencapai apa yang saya doakan setiap hari..
kerna saya yakin dan percaya Allah itu Maha Adil..Maha Penyayang...

Perancangan Allah itu yang paling terbaik...Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...

Tuesday, June 8, 2010

Millatfacebook cabar Facebook

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MillatfacebookcabarFacebook/Article/
tarikh: 2010/05/29


Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.
Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.
“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Thursday, June 3, 2010

telefon K.A.R.A.T....


"Kringgg....kringg.....telefon berbunyi....." sedutan Wounderpets..=)

Kesempatan berkursus di Genting baru-baru ni memberi saya idea untuk mencoret di sini...nak tahu kenapa??Jom baca...=)

Antara salah satu slot yang dilakukan ialah permainan ala2 telefon karat..di mana peserta pertama perlu membaca dan mengingat satu perkataan yang panjang dan menyampaikan mesej tersebut kepada rakan. Seterusnya rakan tadi menyampaikan mesej yang didengar kepada rakan yang seterusnya sehinggalah ke peserta yang akhir...memang kelakar apabila bermain dengan rakan2 sekerja yang bergelar guru ni...ragam dan gelagat masing2 ketika itu sangat mencuit hati..Permainan ini walaupun saya pernah bermain suatu ketika dulu..tetapi kesudahan permainan ini pasti sama..iaitu:

1) mesej yang diperolehi daripada peserta terakhir memang tidak akan sama daripada mesej yang disampaikan oleh peserta pertama

2) sepanjang bermain permainan ini..pasti akan terdapat rakan yang tersasul..atau terlupa perkataan..seterusnya mewujudkan perkataan baru yang tiada dalam mesej asal

3) terdapat pelbagai ragam ketika permainan dijalankan...ada yang mendengar dengan teliti..ada yang mendengar sambil ketawa...ada yang pakai "tibai" jer..he..

Kesimpulan yang boleh dibuat...itulah realiti sebuah kehidupan...yang di dalamnya penuh dengan cerita-cerita..kisah-kisah...sama ada yang benar-benar terjadi atau rekaan semata-mata..

Pasti ada sahaja cerita yang kadangkala kita tidak sangka..orang sedang memperkatakannya...yang sungguh berbeza dengan realiti cerita sebenar..yang sudah ditambah dengan pelbagai perisa tambahan...yang mungkin boleh menyebabkan seseorang itu terutamanya empunya diri yang menjadi subjek terpinga-pinga..tidak tahu menahu...yang boleh mengundang salah faham...dan jika ada pihak yang tidak professional mengendalikannya..boleh mengundang 'perang saudara'..dan bermasam muka..Nauzubillah..

Jadi..amatlah penting bagi kita..tidak terus percaya dengan khabar-khabar angin yang diterima atau didengari..melainkan selidiki dahulu cerita itu dan langkah yang paling bijak..bertanya terus kepada empunya diri...kan senang..mudah dan tepat..Jauh dari dosa mereka cerita dan memalukan pihak lain..

dan pihak yang menjadi subjek..kadangkala mendiamkan diri lagi baik...dan membiarkan sahaja cerita itu terbang bagai ditiup angin......he..

Itulah warna-warni sebuah kehidupan....Semoga kita tabah menghadapinya..kerana itulah masa kita diuji...=)

Semoga berjaya menghadapinya, rakan-rakan... chaiyok2...berhati-hati dengan telefon K.A.R.A.T =p


...... arni .........

..... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat .......

Sunday, April 25, 2010

b.a.h.a.g.i.a


mata tertumpu pada sebuah buku di genggaman..cantik ilustrasinya..tulisan Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni dan diterjemahkan oleh Muhammad Huzaifah.

melihat sahaja tajuk buku ini menyebabkan saya menarik nafas panjang. "Jangan bersedih..Jadilah wanita yang paling bahagia"...persoalannya mampukah saya?? untuk sentiasa kuat dengan dugaan yang menimpa..dengan godaan hawa nafsu..mampukah saya???

Saya membelek-belek lagi....memang menarik kandungannya..kata-katanya membuatkan saya tersenyum dan berasa ada satu kekuatan...

Bahagia?? apakah yang dimaksudkan dengan bahagia? Pelbagai maksud bahagia boleh diterjemahkan..bergantung kepada diri yang mengalaminya..sama ada bahagia ke arah kebaikan atau ke arah kejahatan.Bagi saya, mungkin....

Bahagianya seorang pelajar apabila dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya..apabila guru memujinya di dalam kelas...

Bahagianya seorang anak kecil apabila dia mendapat apa yang dia inginkan...mungkin sebatang ais-krim membuatkan dia tersenyum dan bercerita sepanjang hari..sebiji gula-gula membuatkan tangisannya terhenti seketika.

Bahagianya seorang ibu/ayah apabila anaknya mendengar katanya.Tidak membuat masalah di sekolah.Tidak menconteng arang ke muka mereka.

Bahagianya seorang guru apabila anak didiknya bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga memiliki akhlak yang baik.

Bahagianya seorang peniaga apabila jualannya habis terjual..

Bahagianya seorang perompak apabila dia berjaya merompak kedai emas dan melepaskan diri daripada polis. itu juga bahagia baginya. walaupun hakikatnya bahagianya dia tidak kekal.Sentiasa bimbang dan berasa diperhatikan.

Begitu juga..Bahagianya seorang kaki buli apabila dia berjaya memalukan dan memeras ugut orang lain.

Saya juga merasakan...Bahagianya seorang lelaki apabila lamarannya diterima.Mendapat kereta yang diidamkan.

manakala...Bahagianya seorang wanita apabila dia memiliki sebuah keluarga yang amat memahaminya, suami yang sentiasa menyokong dirinya,dikelilingi oleh anak yang soleh dan solehah..penyejuk hatinya..




namun ....

kemuncak bahagianya seorang mukmin itu ialah apabila jannah menjadi tempatnya kelak...itulah kebahagiaan hakiki...=)

Semoga saya akan sentiasa kuat..sabar..

apa yang penting..apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah..Allah pasti jaga kita...



Terima kasih kepada sahabat saya yang menghadiahkan buku ini..Semoga ilmu ini ilmu yang bermanfaat. Insya Allah setiap kali orang membaca buku ini, pasti pahalanya juga akan sampai kepada sahabat saya ini.

Kepada anak muridku yang ingin meminjam..sabar ye..biar ckgu habis baca dulu,ok..=) yang penting jaga elok-elok..itu wajib he...

"Semoga kita semua menjadi orang yang b.a.h.a.g.i.a..."


..... arni .....

..... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat........

Tuesday, April 13, 2010

ummi..nah ummi....

Kringgg....

Loceng di sekolah berbunyi....

Pelajar kelas 3dk masuk ke makmal sp1...

Roti2 percuma utk para guru tersusun di depan lab....

"Arni..boleh tak arni tukar kat lab sebelah..jd akak x yah lah nak tukar2 laptop.." kak Z meminta tolong. Memang leceh nak buka tutup laptop ni sebenarnya...

" Errm..oklah kak..sebab kak A tak datang..so,boleh la arni guna lab sebelah.."

" Ok, 3dk..awak semua gerak ke lab sebelah ye..ke sp2.." saya memberi arahan.

" Alaaaa......" mengeluh budak2 ni... sb malas nak bergerak.." exercise siket.." saya mengusik..

Sementara menunggu peralihan lab tu..saya mengambil barang di bilik persediaan..Tiba2 kak Z memberitahu..pelajar2 3dk ada yang mengambil roti di makmal sp1..

Terkejut saya... Saya pun pergi semula ke makmal sp1...tanya punya tanya..rupa2nya..sempat budak2 ni ambil 3 buku roti kat depan lab ni... Aduh...'anak2' ku ini...macamana nak siasat ni...nak ke diorang mengaku...

"Baiklah..3dk..siapa yang ambil roti kat lab sebelah..." Suasana riuh menidakkan..tiada siapa yang mengaku...

" Okla ummi tak marah..mengaku je..sebab klu bukan hak awak..klu awak makan..nanti jadi darah daging..hukumnya haram tau...x baik..."

"Lagi satu..nanti.. tak berkat..." Anak2 saya mula kelihatan gelisah...seperti menyorokkan sesuatu..

Tiba-tiba..pelajar X menunjukkan rotinya..."Ummi...nah ummi...." " Minta maaf, ummi..."

Pelajar lelaki pula kecoh..."Wei..cepatlah bagi roti tu..haram tau klu makan...."

Saya lihat mereka point kat satu meja ni....dan saya memang syak pun...

Akhirnya..2 orang pelajar ni dengan rela hati mengaku dan memberikan semula 2 buku roti tu lagi...

Saya tersenyum....

"Ok, yang ni je kan yang awak ambil..."

"Ye.." serentak mereka menjawab...

"Tak tipu,kan...Jujur ye.."

" Ye..ummi...kami jujur..."

" Ingat ye..pastikan awak tak makan benda haram ye.."

" Ye..ummi..kitorang kan baik..anak ummi..." ada sahaja ayatnya...

Saya tersenyum lagi....Alhamdulillah...anak2 ni masih lembut hatinya...bukan senang nak suruh orang mengaku kesalahan mereka...tambahan lagi boleh dilabel sebagai 'pencuri roti'...he..

tetapi..itulah yang saya bersyukur sangat...walaupun kelas 3dk ni bukanlah kategori kelas yang 'atas2' tetapi sekurang-kurangnya saya mahu mereka jadi 'insan' yang benar2 bergelar 'insan'....

"Ya Allah..semoga anak2 ini lembut hatinya..berkatilah ilmu mereka...berikanlah kejayaan kepada mereka...semoga mereka menjadi kebanggaan ibu dan ayah mereka..."

Saya hanya mampu berusaha...walaupun kadangkala hati saya juga merintih tatkala melihat 'kenakalan' mereka...tetapi...saya tetap yakin dan percaya..."Allah tahu apa yang kita lakukan dan Allah tahu niat kita...Allah pasti akan bantu.."

Ummi sayang anak2 ummi...


......... arni ....................

......... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat ..............

Friday, April 9, 2010

kekuatan itu dari Allah...

kadang-kadang..hati tiba2 rasa gelisah...
rasa jiwa tidak tenteram...
emosi tidak stabil....
macam-macam bermain di kepala...
yang tak tahu apa penyelesaiannya...
buntu....rasa sedih...geram...

tarik nafas dalam2..
ambil wudhu'....
solat...
tekan 'pause' emosi yg mengganggu tu..
berdoa..dan terus berdoa..
insya Allah...ketenangan itu akan dapat dirasai..
kekuatan itu akan dapat diresapi...pasti akan ada petunjuk dari ilahi...

senyum...=)
ubah minda...
hari esok pasti akan lebih baik..
setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..
Allah itu Maha Adil...Perancangan Allah pasti yang terbaik...Yakin..setiap kejadian pasti ada hikmahnya...

alhamdulillah......kini ketenangan dan kekuatan itu hadir...
syukur...diri ini masih insan terpilih untuk diuji....agar sentiasa dekat dengan pencipta tatkala diri ini kadangkala terleka....

syukur......



...... arni............

.....sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat......

Sunday, March 28, 2010

hepi....

be happy in whatever you do....

try to do the best....

chaiyok2..... =)

Friday, March 26, 2010

pencarian...

cari..cari...masih mencari.....
di mana....bila....bagaimana.... yang terbaik....
tidak tahu..tidak pasti....
Ya Allah..berikanlah ku petunjuk...di mana barang berharga itu.....

Sunday, February 28, 2010

Doa .....

Ya Allah...berikanlah ku petunjuk.....kekuatan...
semoga diri ini...semakin dekat dengan Mu.....
semoga diri ini...sentiasa bersyukur....dengan segala nikmat yang telah Engkau limpahkan....
semoga diri ini....menjadi hamba yang sentiasa mencari-cari nikmat kemanisan iman...

Ya Allah..bantulah diri ini....berikanlah kekuatan dan kesabaran...
Limpahkanlah kasih sayang kepada kedua ibubapaku..guru2ku...diriku..ahli keluargaku...para sahabatku...anak didikku..sesungguhnya diri ini sangat sayang kepada mereka Ya Allah...tidak lupa juga kepada mukminin dan mukminat...muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia....

Ya Allah....semoga diriku sentiasa di kelilingi oleh orang2 yang cintakan agamamu....yang sentiasa membawaku ke jalanmu...bantulah aku Ya Allah....tetapkanlah imanku....berikanlah aku petunjuk...ke arah kebaikan..ke arah kebahagiaan...amin.....

Sunday, February 21, 2010

pesanan dari ckgu cmrlang...

esok dah sekolah balik...

bersedia menyambung tugasan...rutin harian...

mengajar..mendidik....SABAR dengan kerenah anak-anak murid...

bersedia dengan tugas-tugas lain....

dengan kerenah orang2 di sekeliling.....

yang pelbagai ragam....

apa yang penting...saya mesti sentiasa muhasabah diri...yang kdgkala sering alpa....belajar buat kerja dengan teratur....ikut procedure huhu....sentiasa ingin belajar dan diajar oleh guru2 yang lebih berpengalaman...

" bukan tugas kita sahaja yang sibuk..tapi tugas orang lain juga begitu....malah ada yang lebih sibuk...kita mesti anggap apa shj tugasan yang kita dapat adalah untuk kita meng'upgrade' diri kita...yang membolehkan kita belajar sesuatu yg baru...yang boleh membuatkan otak kita sentiasa bergerak, berfikir...xyah nak pening2 kepala..be POSITIVE !! " inilah kata2 dari Kak Mastura, ckgu cemerlang di sekolah saya pada cuti sekolah baru2 ni....terima kasih , kak....

Sungguh...saya memang banyak belajar benda baru tahun ni...Alhamdulillah saya dikelilingi rakan2 yang baik..yang sentiasa sedia membantu....yang sering berkongsi pengalaman dan cite2...yang membolehkan saya HIDUP tatkala saya rasa diri seperti hampir HILANG seketika...

Terima kasih..Ya Allah...

" Ya Allah..berikanlah ku kekuatan...dan rahmatilah orang2 di sekelilingku..."


......... arni ..................

.......... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat ...............

Friday, February 19, 2010

Dia mungkin beruntung..tapi anda tidak rugi....

Ungkapan yang mudah..padat dan cantik sekali...saya petik dari laman web saifulislam.com.

menunjukkan....

orang yang mengalah ketika 2 pihak sedang marah..tidak rugi...walau di pihak sana tersenyum lebar kepuasan.....

membuktikan....

sesuatu hubungan yang terputus itu...tidak perlu membawa kepada perpecahan umat....dendam yang kesumat...kerana ada yang terbaik untuk anda.... yang pastinya "Dia mungkin beruntung...tapi anda TIDAK RUGI..." Yakin...Allah lebih mengetahui segalanya...

begitu juga..

seorang guru yang sabar melayan kerenah anak muridnya yang haru-biru...bukan bermakna boleh dipijak sesuka hati..tapi pengharapan kesan dalam didikan menjadi seorang yang betul-betul bergelar MANUSIA......yang kenal apa itu "erti kehidupan.."

Jadi....

Tidak salah mengalah...jika memang anda di pihak benar..."MENGALAH TIDAK BERERTI KALAH ! "

Berdoalah...dan terus berdoa....kerana Doa itu senjata mukmin...penawar segala masalah..punyai kuasa yang tidak boleh dilihat...tapi dapat dirasa...ketenangan....kedamaian....


................ arni .............................

............... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat .............................

Monday, February 8, 2010

BST- Kisah 2

ktelqueenflickr.com


Dari jauh, saya dah ternampak sebuah kedai kek yang menjual pastri...pai...roti...sgt menggiurkan...membuka selera saya yang sememangnya perut sedang berkeroncong....menyanyikan lagu irama rock barangkali..bukan balada atau nasyid dah...he..

pekerja2nya terdiri daripada gadis-gadis melayu yang muda-muda..manis-manis...semanis kuih tart...=p

saya memerhatikan deretan kek..roti...lalu terus mencapai dulang dan mengambil penyepit...satu persatu saya belek....bila dah berkenan sy terus ambil....

smntara tu kakak dan emak saya melihat aiskrim di sudut yang lain....

Tiba-tiba terpancul dari mulut kakak saya.." ni halal tak..." sambil kakak sy menuding ke arah ais krim di peti ais....

" Halal kak....tapi yang sebelah sana tak..."

Kami terkejut. " Klu kak ambil yang roti sardin ni insya Allah halal...tapi kan kak..klu yang inti ayam ni..baik x payah beli,kak..sb takut tak sembelih ayamnya..."

Rasa terkejut sangat..sb bagaimana mknn ni tak dilabel halal atau haram...pemiliknya memang non-muslim....dan pekerjanya muslim !!! Satu taktik untuk mengkaburkan mata... Walaubagaimanapun... masih ada owner non-muslim yang mengambil berat isu halal haram ni...tapi jumlahnya....wallahualam....

" Dik, betul ke..yang akak ambil ni ada campur alkohol tak..." saya merujuk kepada aiskrim tadi...

"Betul,kak..yang ni xder.." Gadis itu meyakinkan..

"Kak, kami pun kadangkala serba salah...klu xder bos kami..bolehlah kami bagitahu pelanggan kami yang beragama Islam..tapi kalau ada bos..kami terpaksa biarkan sahaja.."

" Tapi,kak..ada juga yang kami bagitahu..yg mknan ni ada campur wiski cket..pastu orang yang mengaku Islam tu cakap.."xper2..saya 'minum' punya orang.."

Kami sekeluarga beristighfar di dalam hati...Dahsyat2...orang dah tak peduli....dan tak mahu ambil peduli....apa yang dimakan..halal atau haram...!!!!

Kadang-kadang saya terfikir..benarkah makanan yang kita makan pada hari ni benar2 halal....

bagaimana dengan 'jajan'..keropok2 di kedai...adakah benar ianya halal....

Sehinggakan ada orang pernah mengeluh..."Kalau nak yang betul2 halal kat dunia ni..alamaknya sana tak boleh..sini tak boleh..."

Zapp.....ini semua berkaitan dengan EKONOMI.....

Yup...Ekonomi umat Islam yang mempunyai 'kefahaman' masih lemah..masih tidak dapat memonopoli industri makanan...jika ada pun hanyalah kecil-kecilan dan sangat sedikit bilangannya...sedih..tapi itulah hakikatnya....!!!

Jadi...hati-hatilah sewaktu membeli makanan.....=)

Hmm......Baru Saya Tahu...... ^-^


........ arni .........

........ sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat.........

Saturday, January 30, 2010

Apa yang penting...BEKERJASAMA ^ - ^

nak tulis smthg wlupun cket..=)

hari ni hari sabtu..

sibuk nak kena kemas umah..yang barang entah di sana atau di sini...he..

masih perlu menyiapkan keje2 pgkelasan yang hampir siap...

dan sekarang saya perlu menumpukan pule menyiapkan kertas-kertas kerja....

dah lama tak buat kertas kerja..nak mulakannya punyalah payah he.. teringat zaman u dulu..wat kertas kerja utk pgram...memang bersusah-susah dahulu..pastu seronok bila keje kita tu menjadi..n kawan2 yang menjadi ajk pula banyak membantu..memang seronok..

jadi...saya berdoa agar tahun ni sgala program yang dirancang dipermudahkan oleh Allah...dikelilingi oleh rakan2 sekerja yang sentiasa bersemangat..anak2 murid yang rajin menghulurkan tangan membantu...one team...insya Allah...=)

" Belia benci DADAH...!! "


...... arni .......

...... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat .....

Tuesday, January 12, 2010

lalala...

tahun ni masuk alam baru..sesi baru..sesi pagi...kena kuar umah awal...

jumpa bdk2 baru...x-students....kakak2 di sesi pg....yg boleh sy mnja2...he...

sesi persekolahan di waktu pg..sggh cpat terasa waktunya....yang membolehkan saya membuat keje di sebelah petangnya...sehinggakan ader kwn2 sesi ptg bertanya sy ni 2 sesi ker...he..sbnarnya sy lbh suka mnyiapkan keje di sekolah krn bg sy di rumah waktu utk berehat..tp kdgkala..terpaksa bw balik jg hu.....

tahun ni tahun yg menuntut sy mgorbankan masa sy..utk anak2 didik sy...yg tahun ni PMR...

walaupun sy hanya mgajar subjek sains untuk 2 kelas..tapi cabarannya sgt besar..kedua-dua kelas yg sy dpt merupakan kelas yg agak bawah...

tapi sy menganggapnya sbg cabaran kpd diri sy sendiri..pd tahun ini,sy lihat anak2 didik sy sudah mula berubah sikap..lebih fokus di dalam kelas..tahun peperiksaan barangkali..=) .saya amat mengharapkan perubahan sikap anak didik sy ini berterusan...

"teacher doakan awak semua berjaya dalam peperiksaan tahun ini..." itulah doaku di dalam hati....

pada tahun ini, sy cuba amalkan satu prkara...sblum sy mngajar sbjek sains, sy akan pastikan anak didik sy berniat dulu..caranya..sy akan menyuruh mereka mengangkat tangan dan mengikut apa yg saya baca dan doakan.. Insya Allah..anak2 ini akan lembut hatinya...cubalah..walaupun sdikit peningkatannya...pasti membuatkan anda berkata dalam diri..."Inilah kepuasan dalam mendidik..." insya Allah...


......... arni...................

..........sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat........

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails