Saturday, November 6, 2010

kisah anak saudara ..

"dik na..ambilkan pampers tu....." cik ani menunjukkan kpd dik na di mana pampersnya.

Dik na pun pergi ke arah pampers..tetapi tidak mengambil pampers sebaliknya sengaja mengambil barang-barang lain..

" yang ni ke cik ani ??" sambil mengangkat begnya..
"bukanlah dik..yang tu.."

" yang ni ke cik ani ??" dik na mengangkat bukunya pula..sambil membuat muka nakalnya..

"eh..bukanlah dik...yang tu.." cik ani menaikkan sikit suaranya..

" cakap elok2 sikit.." dik na menjawab..

"oklah..dik na...ambik pampers tu..cepatla..." cik ani sedaya upaya melembutkan suaranya..memujuk..

" yang ni ek cik ani.." sekali lagi adik sengaja mengambil bantal pula dan menunjukkan ke arah cik ani nya..adoi....

last2 cik ani nya yang sudah keletihan..menyanyi menyuruh dik na mengambil pampersnya..

" wahai adik...cepatlah ambik pampers...." la..la..la..
tetapi belum sempat cik ani habis menyanyi..dik na menyampuk...

" ok dah..dah...jgn nyanyi lg..nak muntah.." dan terus menyuruh cik ani memakaikan pampers untuknya... adoi !!!! sabo je la...

dik na...dik na....ish2....tetapi cik ani tetap sayang dik na...=)

p/s: semoga bersabar melayan kerenah anak2 kecil ini...hehe...

Thursday, November 4, 2010

~ hikmah

salam...

lebih kurang 2 tahun lebih saya meninggalkan dunia kampus..dan alhamdulillah kini sudah memasuki alam pekerjaan....

baru-baru ini..saya dipanggil untuk menghadiri taklimat induksi..iaitu satu sistem baru di mana kami hanya perlu menghadiri kursus induksi selama 3 hari dan dikehendaki menghantar 2 asgnmnt ketika mendaftar kursus kelak..tidak lupa juga kami dibekalkan dengan cd yang mengandungi nota2...

pada mulanya..rasa teramatlah berat kepala dan terbeban kerana sudah lama tidak menghadap internet untuk mencari bahan rujukan ilmiah apatah lagi mengenai dasar-dasar kerajaan...

tetapi kini..alhamdulillah..saya sudah boleh menghadapinya...dan sedang berusaha sebaik mungkin untuk mencari bahan...seterusnya menghasilkan asgmnt yang bermutu walaupun keje2 'menggoreng' dan 'mencampur adukkan rempah-ratus' perlu juga ditambah he...

saya cuba memaksa diri untuk memandang tugasan ini ke arah yang positif...yang dapat mencakna minda saya...ke arah yang lebih baik...menjadi seorang yang lebih berpengetahuan luas...kreatif..dan berfikiran jauh...dan mungkin hikmahnya.. sebagai persediaan mental jika saya berpeluang menyambung pelajaran...insya Allah...

adakah saya mampu menghadapinya???

insya Allah..Allah akan membantu hambaNya yang berusaha....

gambate !! chaiyok2 arni.... !!! dan tidak lupa juga kepada rakan seangkatan...anda pasti BOLEH !!

..... arni.......

..... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat .......

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails