Sunday, February 12, 2012

Bercakap benar walaupun pahit...


Assalamualaikum wbt..

salah satu sifat Rasulullah s.a.w ialah benar...Rasulullah s.a.w tdk pernah menipu..baginda sentiasa bercakap benar sehinggakan digelar Al-amin...Segala-galanya tentang Rasululllah adalah yang terbaik dan terpuji...Memang benarlah Muhammad itu diutus sebagai rahmat kepada seluruh alam..

" Dan tidaklah kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam semesta " Al-anbiya',21: 107.

Nabi Muhammad adalah contoh terbaik tidak kiralah sebagai anak..bapa..suami..orang miskin...anak yatim...orang tidak tahu membaca..peniaga....imam..pemimpin negara...pendidik...segala-galanya adalah yang terbaik..sebab itulah Saidatina Aisyah r.a berkata akhlak Rasulullah adalah Al-Quran..

Rasulullah s.a.w sentiasa bersikap lemah lembut terhadap keluarganya..
Rasulullah s.a.w sentiasa bersikap baik dengan kanak-kanak..
Rasulullah s.a.w sentiasa sabar dan melakukan kebaikan walaupun trhadap orang yang mencercanya...

Saya teringat kisah bagaimana terpujinya akhlak Rasulullah s.a.w trhadap seorang wanita tua dan buta yang sentiasa mencaci baginda tetapi Rasulullah s.a.w tetap memberi makan kepada wanita tersebut sehinggalah baginda wafat.. Wanita tua tadi berasa pelik dan hairan kerana yang memberinya makan pada hari tersebut berlainan dengan hari-hari yang selalunya. Sahabat Rasulullah menangis..dengan hibanya beliau memaklumkan tentang kewafatan Rasulullah s.a.w.. Muhammad yang dicaci itulah insan yang menyuapkan makanan kepadanya setiap hari... Allahuakbar..akhirnya wanita tua itu mengucap kalimah Lailahaillah di hadapan sahabat.. Betapa terpujinya akhlak Rasulullah...

Ya Allah..jika saya yang mengalami nasib seperti itu..belum tentu lagi saya dapat sesabar Rasulullah s.a.w....Sesungguhnya pada dirimu Rasulullah terdapat suri teladan yang baik..iaitu bagi mereka yang mengharapkan rahmat dan kebaikan di akhirat...

Subhanallah...Allahuakbar..sangat hebat insan terpuji yang bergelar Nabi Muhammad s.a.w..

Bagi saya..memang kadang kala bercakap benar itu pahit...ttpi saya tetap percaya bahawa KEBENARAN akan mengatasi KEBATILAN....dan jujur itu akan membuatkan kita berasa lebih tenang..PERCAYALAH.....Serahkan segalanya pada Allah... :)

Friday, February 10, 2012

Ya Allah....

Ya Allah....
Engkaulah yang membolak-balikkan hati ini....
Berilah diriku petunjuk....
Ku redha Ya Allah..
Ku yakin perancanganMu yang terbaik....
Aku insan yang lemah Ya Allah..
Makbulkan doaku ini Ya Allah....
Amin Ya Rabbal Alamin...

Tuesday, February 7, 2012

Si gadis tua dan kemaafan yang ditunggu......








assalamualaikum wbt..

si gadis tua duduk menghadap laptopnya..
melihat dinding muka buku sahabatnya..
melihat peti pesanannya..
masih tiada tindakbalas..

si gadis tua..
masih menanti saat kemaafan itu..
si gadis tua tidak mahu sahabatnya pergi jauh..
tersasar dari hidupnya..
si gadis tua tidak mahu sahabatnya berubah sikap...

namun...
si gadis tua tahu..
sahabatnya masih di jalan yang betul...
sahabatnya seorang yang kuat...solat masih dijaga,,,
dan berdikari mencari rezki....

si gadis tua tahu..
hati sahabatnya lembut...
dan penuh kasih sayang...

cuma..mungkin masanya belum tiba...
untuk sahabatnya merenung kembali..
perjalanan sebuah ikatan...
yang dipanggil persahabatan.....

hati muda sahabatnya membentak...
akibat sedikit gurauan dari si gadis tua...

kematangan itu lahir daripada fikiran..
kematangan itu lahir daripada tindakan...
kematangan itu lahir daripada percakapan..
kematangan itu lahir daripada pengalaman...
kematangan itu lahir daripada hati...

dalam kematangan ada kebudak-budakan...
dalam kebudak-budakan ada kematangan...

"sahabatku sayang... jalinkan semula silaturrahim itu...=)..." si gadis tua memohon pada Ilahi...

Monday, February 6, 2012

hati yang terusik.....

assalamualaikum...salam maulidurrasul..solawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W....kali ni, saya ingin berkongsi tentang kisah perjalanan ke dusun nanding yang membawa seribu makna dalam diri saya...

pagi ahad yang lalu, emak saya mendapat panggilan daripada shabatnya yang mngatakan anaknya meninggal....dan akan dikebumikan pada pagi itu juga...lalu saya , emak dan sdara bergegas ke sana ..sekurang2nya dpt juga menenangkan kawan baik mak sy....setibanya di sana, jenazah baru shja hendak dibawa ke tanah perkuburan.Alhamdulillah..kami sempat mendengar talkin yang memberi keinsafan kpd yang mendengarnya..Kami sempat bertahlil untuk memberi ketenangan dan berdoa semoga Allah merahmati arwah...Panas tengahari yang terik, membuatkan saya berfikir bagaimanalah panas di padang mahsyar kelak..yang mataharinya hanya sejengkal dari kepala...yang pada ketika itu ada yang bermandi peluh, ada yang menggelegak kepalanya, dan ada juga yang rasa sejuk dan nyaman.......tak terbayang bgaimanalah tentang diri ini...

sewaktu hendak pulang , kami melewati sebuah kubur yang dipagarkan....di mana terdapat tujuh batu nisan ...Masya Allah..kubur itu sangat subur..daun-daun rumput menghijau..pokok ati-ati yang sukar hidup apabila cuaca panas, tumbuh dengan suburnya...Subhanallah...milik siapalah kubur ini....sangat beruntunglah pemilik kubur ini yang tumbuhan pun menghijau di atas pusaranya tatkala kubur yang lain tidak sesubur ini....kering..gersang...dan ada hanya beberapa tumbuhan yang mampu berdiri gagah...

Kami terpana seketika..Merenung kubur tadi....Ada ketenangan apabila menghadap pusara ini...Tiba-tiba datang seorang sahabat emak..." Inilah kubur anak-anak yatim yang dihimpap tanah runtuh kat Hulu Langat hari tu.." Ya Allah....bergenang air mata ini...saya masih ingat tentang berita itu...tragedi yang sungguh menyentuh hati...betapa beruntungnya anak-anak ini.....betapa tiada dosanya mereka...."Ya Allah..kerdilnya diri ini..ampunkanlah dan rahmatilah anak-anak ini..." Al-fatihah.........hati saya benar-benar terusik........

" Maka Maha Suci (Allah) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan" Yaasin, 36: 83..

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails