Thursday, June 3, 2010

telefon K.A.R.A.T....


"Kringgg....kringg.....telefon berbunyi....." sedutan Wounderpets..=)

Kesempatan berkursus di Genting baru-baru ni memberi saya idea untuk mencoret di sini...nak tahu kenapa??Jom baca...=)

Antara salah satu slot yang dilakukan ialah permainan ala2 telefon karat..di mana peserta pertama perlu membaca dan mengingat satu perkataan yang panjang dan menyampaikan mesej tersebut kepada rakan. Seterusnya rakan tadi menyampaikan mesej yang didengar kepada rakan yang seterusnya sehinggalah ke peserta yang akhir...memang kelakar apabila bermain dengan rakan2 sekerja yang bergelar guru ni...ragam dan gelagat masing2 ketika itu sangat mencuit hati..Permainan ini walaupun saya pernah bermain suatu ketika dulu..tetapi kesudahan permainan ini pasti sama..iaitu:

1) mesej yang diperolehi daripada peserta terakhir memang tidak akan sama daripada mesej yang disampaikan oleh peserta pertama

2) sepanjang bermain permainan ini..pasti akan terdapat rakan yang tersasul..atau terlupa perkataan..seterusnya mewujudkan perkataan baru yang tiada dalam mesej asal

3) terdapat pelbagai ragam ketika permainan dijalankan...ada yang mendengar dengan teliti..ada yang mendengar sambil ketawa...ada yang pakai "tibai" jer..he..

Kesimpulan yang boleh dibuat...itulah realiti sebuah kehidupan...yang di dalamnya penuh dengan cerita-cerita..kisah-kisah...sama ada yang benar-benar terjadi atau rekaan semata-mata..

Pasti ada sahaja cerita yang kadangkala kita tidak sangka..orang sedang memperkatakannya...yang sungguh berbeza dengan realiti cerita sebenar..yang sudah ditambah dengan pelbagai perisa tambahan...yang mungkin boleh menyebabkan seseorang itu terutamanya empunya diri yang menjadi subjek terpinga-pinga..tidak tahu menahu...yang boleh mengundang salah faham...dan jika ada pihak yang tidak professional mengendalikannya..boleh mengundang 'perang saudara'..dan bermasam muka..Nauzubillah..

Jadi..amatlah penting bagi kita..tidak terus percaya dengan khabar-khabar angin yang diterima atau didengari..melainkan selidiki dahulu cerita itu dan langkah yang paling bijak..bertanya terus kepada empunya diri...kan senang..mudah dan tepat..Jauh dari dosa mereka cerita dan memalukan pihak lain..

dan pihak yang menjadi subjek..kadangkala mendiamkan diri lagi baik...dan membiarkan sahaja cerita itu terbang bagai ditiup angin......he..

Itulah warna-warni sebuah kehidupan....Semoga kita tabah menghadapinya..kerana itulah masa kita diuji...=)

Semoga berjaya menghadapinya, rakan-rakan... chaiyok2...berhati-hati dengan telefon K.A.R.A.T =p


...... arni .........

..... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat .......

No comments:

Post a Comment

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails