Thursday, December 16, 2010

bagaikan puteri....ramlee awang murshid



"Entah apa lah yang best sangat abang syukry baca tu..." bisik saya di dalam hati. Pelik..apabila melihat abang saya tekun membaca sebuah novel..dan meminjam banyak buku karya seorang penulis ini. Sebelum ni, saya jarang melihat dia membaca novel tetapi saya abaikan sahaja novel tu sebab tuntutan kerja tidak membolehkan saya membaca novel.

Saya sebenarnya sudah lama tidak membaca novel sebab selepas zaman persekolahan, saya lebih suka membaca buku-buku yang boleh menyuntik motivasi kecuali novel karya dua orang sahabat saya iaitu 'Melakar Cinta Firdausi' oleh Aimi dan Aini. Ha, buku ni best. Promote jap =) Bukannya apa, kadangkala rasa agak bosan apabila membaca novel-novel yang kebanyakannya hanya berkisar cinta sahaja dan kadangkala tidak membawa mesej.

Apabila cuti sekolah bermula, barulah saya cuba 'mengintai' novel tersebut. Saya pandang tajuk dan ilustrasi buku tersebut.."Bagaikan Puteri" oleh Ramlee Awang Murshid. "Hmm..ni mesti kisah cinta lagi"..saya bisik lagi ke dalam hati. Tetapi persepsi saya berubah apabila mula membaca novel ini. Olahan cerita yang baik, penyusunan ayat yang menarik, unsur2 dakwah , keberanian menentang kejahatan, mistik, perjuangan,keyakinan,cinta pada Allah,manusia dan kejujuran dalam bersahabat menjadikan novel ini amat menarik dibaca.

Sebelum saya mengakhiri post saya kali ni..saya nak share sedikit pasal novel ni.

Haryani dan Saifudin, dari dua zaman yang berbeza iaitu zaman alaf 21 dan zaman abad ke 15, dipertemukan dengan izin Allah ketika Haryani koma di zaman alaf 21. Saifudin yang dikenali juga sebagai Laksaman Sunan seorang yang warak,jujur,hebat dalam ilmu kepahlawanan sama ada sesama manusia atau menentang pengikut syaitan.

Penulis berjaya mengolah cerita ini dengan memasukkan cerita sejarah mengenai Kesultanan Melayu Melaka, Hang Tuah sehinggakan kadangkala membuatkan kita terfikir, benarkah Laksamana Sunan yang terkenal di bandar Aceh ini wujud pada zaman Hang Tuah. Laksamana Sunan ni sebenarnya orang Melayu tetapi membawa diri ke Aceh akibat difitnah.

Laksamana Sunan walaupun hebat di mata manusia tetapi sangat patuh kepada agama dan merendah diri. Fitrah manusia kepada rasa sayang, mengheret Haryani untuk memilih antara dua iaitu kehidupan abad ke 15 atau abad ke 21 dan hanya kematian di salah satu zaman yang membolehkan Haryani hidup di zaman satu lagi.


" bernafaslah atas nama TuhanMu yang Maha Agong. Pulanglah..kami menanti kepulanganmu ke pangkuan kami semua. Bernafaslah atas nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"


Di sinilah Dani, lelaki dalam abad ke 21 sentiasa memberi sokongan dan berbicara dengan Haryani yang pada ketika itu sedang koma untuk mengajaknya pulang ke abad 21 walaupun Dani tidak pernah kenal dengan Haryani. Adakah naluri ini kerana Dani dikatakan keturunan keluarga Laksaman Sunan ?? dan kehidupan yang manakah Haryani pilih??? Abad 21 atau kurun ke 15??? Kenalah baca sendiri ye..he.. Selamat membaca..



Semoga penulis yang memasukkan unsur dakwah dan peringatan yang baik kepada manusia sentiasa tumbuh bagaikan cendawan. Tidak lupa kepada Faisal Tehrani, A. Latip, dan Habiburrahman..teruskan dakwah anda dalam penulisan. Oh ya.. Aini dan Aimi..buat sambungan novel ye..

dan bagi pembaca pula..kita perlulah meneliti sejarah,hadith dan ayat Quran yang digunakan dengan sebaiknya kerana kadangkala terdapat penulis menggunakannya dan diolah dalam bentuk cereka untuk menjadikannya menarik. Jadi, sekiranya was-was mengenai sesuatu perkara..jangan malu bertanya kepada yang lebih arif.

Sekian..selamat membaca buku yang bermutu. Wassalam...




................ arni .....................................

............. sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat .........................



2 comments:

  1. saya dah bace trilogi nya...memang best...banyak ilmu baru yg leh dipelajari...

    ReplyDelete
  2. mely!!!! apa kbr?? lama tak dgr cerita si ibu ni..anak2 mcmn he...best,kan...tp arni br bc yg first tu..

    ReplyDelete

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails