Sunday, January 30, 2011

BST 3 : Zaman apakah kita???



" Zaman Jahiliyah ialah zaman di mana pada ketika itu ramai manusia yang minum arak, berzina, wanita ditindas, diperlakukan seperti binatang, maruah wanita dipijak, anak-anak perempuan dibunuh, berjudi merata-rata, orang yang lemah ditindas.." saya teringat ustazah dan ustaz memberi pesan ketika saya di alam persekolahan...

Kini, saya sudah menginjak ke alam yang lebih dewasa...saya lihat keadaan di sekeliling saya....setiap hari saya pasti dapat melihat dan membaca di media massa tentang kes bunuh, kes dera, berjudi,kes zina, anak-anak kecil dibunuh..

Jika dulu hanya anak-anak perempuan dibunuh, kini tidak kira jantina, anak-anak dibuang, dicampakkan ke lubang najis, dilonggokkan bersama sampah-sarap yang penuh dengan kebusukan dan ulat..anak-anak yang tidak berdosa ini ada juga yang diletakkan di hutan, tepi-tepi jalan...dibiarkan beralaskan tanah..beratapkan langit..hujan dan panas..binatang-binatang seperti anjing liar yang sentiasa kelaparan mencari mangsa sentiasa berkeliaran...anak-anak ini hanya dibiarkan berseorangan tanpa ada rasa belas kasihan daripada si 'ibu bapa' yang tidak sah ini...tanpa ada rasa malu dan takut kepada Allah yang menciptakannya...

Tidak takutkah mereka akan balasan di alam yang kekal abadi kelak??

Saya berfikir lagi.....jika dulu di zaman jahiliyyah kes zina berleluasa...saya menarik nafas ... beristighfar....kini di mana-mana sahaja juga berlaku zina..kes khalwat boleh dikatakan setiap hari...si isteri A bersama si suami B...si suami A bermain cinta dengan si gadis C... si isteri B bermain mata dengan si teruna C...

Lihat sahaja di tempat-tempat awam...remaja tanpa segan silu bermadu kasih...ketika di dalam tren lrt pun tiada perasaan malu...saya pula yang rasa malu melihat mereka...

Jika dulu, kita memanggil zaman itu adalah zaman jahiliyyah ..kini..apakah gelaran yang sepatutnya kita berikan kepada zaman ini??? super jahiliyyah??? or zaman jahihiyyah moden???

Saya berfikir lagi....teringat pertanyaan dan perbincangan dengan seorang sahabat...

"adakah dulu , manusia tiada kitab sebagai rujukan dalam kehidupan???"

"Sudah pasti ada...kerana sebelum kedatangan Al-Quran, sudah ada kitab Taurat, Zabur, Injil...tetapi kenapakah masih ada masalah sosial pada ketika itu?? Jawapannya adalah kerana pada zaman jahiliyyah ..mereka tidak berpegang kepada kitab pada ketika itu...

Kita berbalik kepada masalah pada zaman ini...kenapakah masalah sosial banyak berlaku malah lebih dahsyat lagi????? Jawapannya juga adalah sama iaitu kerana .....manusia tidak mengambil kitab iaitu ALQURAN sebagai rujukan dan pedoman dalam kehidupan......!!!!! " sahabat menjelaskan....

Ye..Alquran dan sunnah Rasulullah itu adalah WASIAT kepada kita...

Alquran itu bukanlah hanya untuk disyairkan atau dilagu-lagukan sahaja tetapi Alquran itu perlu diambil pengajaran daripadanya...



" ..Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.."
(An-nahl) 16: 78



Gunakanlah pancaindera yang Allah anugerahkan kepada kita agar kita berfikir dan terus berfikir..



" Tunjukilah kami jalan yang lurus " Alfatihah 1:6




amin....


...... arni .......

....... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat ......


Sunday, January 23, 2011

masa yang terlalu cemburu......


" eh, kalau pukul 1220 pm..hari ahad, maknanya tengahari ke malam..?" saya bertanya abang saya..

" kalau pm maknanya tengahari la..kalau 1220 am, maknanya dah hr esok,isnin.." kata abang saya..

haa..yeke..ya allah ..saya sudah tersilap..saya ingat ke 1220pm hari ahad maksudnya 1220 tengah malam karang...baru saya terfikir..klu dah tengah malam..maknanya dah hari isnin..adoi...saya terus menjadi kelam kabut..sb due date 1220pm hari ahad...saya lihat jam di dinding pukul 11 20...maknanya hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi due date nya tiba..kertas2 di atas meja berselerakan...ya Allah...permudahkanlah urusanku...saya terus taip dan menaip...akhirnya tepat pukul 1204 saya berjaya meng'upload' asgnment ..fuh...alhamdulillah....

Dalam bulan satu ni, kehidupan saya memang amat sibuk dan tidak berapa konsisten..badan yang letih..dan kerja yang datang bertimpa-timpa menjadikan kadangkala saya berasa 'longlai' seketika..

baru sahaja habis menghantar asgment..saya perlu meneruskan lagi usaha menyiapkan urusan kelas dan kerja2 pengurusan pula...Blog pun tak sempat update... Dalam masa yang sama, saya juga tidak boleh mengabaikan famili..rakan2 dan anak murid saya...Ilmu masih perlu dipelajari...Ya Allah..saya rasa macam nak pengsan.....hihi..

Saya berharap...Allah berikan saya kekuatan..semoga saya akan terus kuat...dan semoga bulan 2 nanti saya akan lebih bijak membahagikan masa...



" Demi masa..sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian..kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran...." 103


Semoga Allah mudahkan urusan saya...


" Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.." 94: 6



..... arni .....

..... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat ........



Sunday, January 2, 2011

2011 : gedung ilmu + kerja


Rasululullah s.a.w bersabda:

" ku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya selagi mana kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitabullah (al-quran) dan sunnah rasulNya.."

Hidup berpandukan Al-Quran dan sunnah...

Sedang berusaha ke arah mencintai ilmu.. Hidup beralquran...2011: gedung ilmu (dunia n akhirat ) + kerja sebagai ibadah ...

insya Allah...

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails