Monday, November 25, 2013

melakar cinta firdausi ~kerjasama dalam berusaha mancintai dan dicintai.....^_^


Assalamualaikum wbt.....
cuti sekolah menjenguk tiba...alhamdulillah tahun ni saya tak kena jaga spm...memang nikmat..sb baru rasa cuti sekolah..walaupun masih ada tugasan yang perlu dibuat...he.. ( oh..sps..)tahun lepas dah jaga spm, tahun ni jaga pmr je..so..arni..ready for next year lorr... =)

entry kali ni..saya nak cite tentang kerjasama...gambar yang saya post ni memang best bagi saya sb tanpa kerjasama pasti ada yang jatuh..jatuh ke dalam lubang..pasti ada yang tersungkur...

tahun ni alhamdulillah..Allah bagi nikmat pada sy melayari prkahwinan..saya dan suami  boleh dikatakan bercinta selepas berkahwin..sehingga ke hari ini, kami masih dalam berusaha mengenali antara satu sama lain..kadang kala memang kelakar...dalam proses mengenali ini...ada rasa geram, merajuk ( rajuk manja..he)..sayang, sedih, ceria....sy x nafikan dalam perkahwinan, proses kenali pasangan merupakan satu proses yang berterusan dan menuntut kesabaran..apa yg penting..perlu ada saling tolak ansur..hormat menghormati...tdk memendam perasaan, selalu berbincang dan ..saling memaafkan...

jika kita ikut rasa..pasti binasa..
jika kita ikut hati..pasti mati...
jika kita ikut nafsu..pasti lesu..

Siapa yang perlu memberi peranan dalam mencintai dan dicintai ini ??? Jawapannya pasti lah kedua-duanya. Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi...Jika isteri sahaja yang mengalah, suami tidak mahu beralah sudah pasti kita akan kalah dan tewas dalam perkahwinan...Kalau suami sahaja yang memohon maaf, isteri diam seribu batu tanpa berbincang..hari-hari meniti perkahwinan dirasakan seperti batu yang menghimpap diri..

Benarlah doa itu senjata mukmin...Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan suami atau isteri yang penyejuk hati.. Solat berjemaah itu paling utama dalam perkahwinan.. Walaupun ada rasa rajuk atau geram..tapi percayalah selepas solat berjemaah, tatkala doa dipanjatkan dan tangan dua jiwa bertemu menggegam erat, in sya allah akan lembut hati keduanya..pasti syaitan akan menangis kecewa kerana gagal memecahbelahkan perkahwinan... Di sinilah, konsep berbincang dan saling memaafkan amat sesuai dilakukan..In sya allah yakinlah...

Setakat ini sahajalah perkongsian saya pada kali ini...doakan saya yang masih setahun jagung melayari perkahwinan..agar saya dan suami sentiasa bekerjasama dalam mencintai dan dicintai....selamat melakar cinta firdausi ~

sayang abang..

alhamdulillah.. ^ _ ^

Thursday, August 15, 2013

hari-hari membawa 'cahaya'..=)

Alhamdulillah...cahaya itu kian membesar....
Alhamdulillah...kuatkan diri ini membawanya....
Alhamdulillah.....perasaan itu tidak dapat digambarkan....
Alhamdulillah....semoga cahaya itu terus bersinar di  dalam pimpinan Mu Ya Allah.....
Doakan...semoga pembawa cahaya dan cahaya terus kuat, sabar dan sihat......Ameen....=)



Thursday, January 31, 2013

p.r.e.p.a.r.a.t.i.on.

salam....

preparation??? what is the meaning of preparation??? Preparation bermaksud persediaan...=)

P.E.R.S.E.D.I.A.A.N???
Ramai orang yang gagal kerana tidak merancang...Perancangan merupakan salah satu daripada aspek penting sebelum kita bersedia...

Persediaan terbahagi kepada aspek mental, rohani dan jasmani.

a) Aspek mental
Bagaimana kita berfikir...Saya melihat bagaimana kita bersedia untuk menerima perbezaan   pendapat...bagaimana sesuatu isu itu diselesaikan ..adakah melibatkan emosi semata-mata atau berdasarkan akal fikiran yg rasional ?? Ramai orang yang menyesal kerana berkata2 tanpa persediaan mental yang kuat...Ramai yang berjaya pula kerana mental/fikiran sentiasa positif..Apabila minda dalam keadaan yang positif, bermaksud kita bersedia ke arah positif. 

b) Aspek rohani
Inilah punca ketenangan dan kedamaian. Bagaimana dengan merasa adanya Allah, dapat memberi satu inspirasi dalam menjalani apa jua cabaran dan dugaan. Penerapan " Adanya Allah" dalam diri akan menjadikan kita kuat..BERSABAR KETIKA DIUJI....BERSYUKUR APABILA DIKURNIAKAN NIKMAT...Itulah tanda orang beriman =)

c) Aspek jasmani
Apabila mental dan rohani sudah bersedia..jasmani iaitu tubuh badan yang sihat yang menzahirkannya. Jaga pemakanan...kerana dari perut, punca segala penyakit... Saya juga berusaha ke arah itu..walaupun..memang susah..huhu


That's all for this entry...Semoga kita sama-sama bersedia dari aspek mental,rohani dan jasmani...




** arni : bersediakah diri ini ke arah itu...........??? Semoga dipermudahkan urusan....Amin..


with love,
Arni

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails