Sunday, April 25, 2010

b.a.h.a.g.i.a


mata tertumpu pada sebuah buku di genggaman..cantik ilustrasinya..tulisan Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni dan diterjemahkan oleh Muhammad Huzaifah.

melihat sahaja tajuk buku ini menyebabkan saya menarik nafas panjang. "Jangan bersedih..Jadilah wanita yang paling bahagia"...persoalannya mampukah saya?? untuk sentiasa kuat dengan dugaan yang menimpa..dengan godaan hawa nafsu..mampukah saya???

Saya membelek-belek lagi....memang menarik kandungannya..kata-katanya membuatkan saya tersenyum dan berasa ada satu kekuatan...

Bahagia?? apakah yang dimaksudkan dengan bahagia? Pelbagai maksud bahagia boleh diterjemahkan..bergantung kepada diri yang mengalaminya..sama ada bahagia ke arah kebaikan atau ke arah kejahatan.Bagi saya, mungkin....

Bahagianya seorang pelajar apabila dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya..apabila guru memujinya di dalam kelas...

Bahagianya seorang anak kecil apabila dia mendapat apa yang dia inginkan...mungkin sebatang ais-krim membuatkan dia tersenyum dan bercerita sepanjang hari..sebiji gula-gula membuatkan tangisannya terhenti seketika.

Bahagianya seorang ibu/ayah apabila anaknya mendengar katanya.Tidak membuat masalah di sekolah.Tidak menconteng arang ke muka mereka.

Bahagianya seorang guru apabila anak didiknya bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga memiliki akhlak yang baik.

Bahagianya seorang peniaga apabila jualannya habis terjual..

Bahagianya seorang perompak apabila dia berjaya merompak kedai emas dan melepaskan diri daripada polis. itu juga bahagia baginya. walaupun hakikatnya bahagianya dia tidak kekal.Sentiasa bimbang dan berasa diperhatikan.

Begitu juga..Bahagianya seorang kaki buli apabila dia berjaya memalukan dan memeras ugut orang lain.

Saya juga merasakan...Bahagianya seorang lelaki apabila lamarannya diterima.Mendapat kereta yang diidamkan.

manakala...Bahagianya seorang wanita apabila dia memiliki sebuah keluarga yang amat memahaminya, suami yang sentiasa menyokong dirinya,dikelilingi oleh anak yang soleh dan solehah..penyejuk hatinya..




namun ....

kemuncak bahagianya seorang mukmin itu ialah apabila jannah menjadi tempatnya kelak...itulah kebahagiaan hakiki...=)

Semoga saya akan sentiasa kuat..sabar..

apa yang penting..apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah..Allah pasti jaga kita...



Terima kasih kepada sahabat saya yang menghadiahkan buku ini..Semoga ilmu ini ilmu yang bermanfaat. Insya Allah setiap kali orang membaca buku ini, pasti pahalanya juga akan sampai kepada sahabat saya ini.

Kepada anak muridku yang ingin meminjam..sabar ye..biar ckgu habis baca dulu,ok..=) yang penting jaga elok-elok..itu wajib he...

"Semoga kita semua menjadi orang yang b.a.h.a.g.i.a..."


..... arni .....

..... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat........

Tuesday, April 13, 2010

ummi..nah ummi....

Kringgg....

Loceng di sekolah berbunyi....

Pelajar kelas 3dk masuk ke makmal sp1...

Roti2 percuma utk para guru tersusun di depan lab....

"Arni..boleh tak arni tukar kat lab sebelah..jd akak x yah lah nak tukar2 laptop.." kak Z meminta tolong. Memang leceh nak buka tutup laptop ni sebenarnya...

" Errm..oklah kak..sebab kak A tak datang..so,boleh la arni guna lab sebelah.."

" Ok, 3dk..awak semua gerak ke lab sebelah ye..ke sp2.." saya memberi arahan.

" Alaaaa......" mengeluh budak2 ni... sb malas nak bergerak.." exercise siket.." saya mengusik..

Sementara menunggu peralihan lab tu..saya mengambil barang di bilik persediaan..Tiba2 kak Z memberitahu..pelajar2 3dk ada yang mengambil roti di makmal sp1..

Terkejut saya... Saya pun pergi semula ke makmal sp1...tanya punya tanya..rupa2nya..sempat budak2 ni ambil 3 buku roti kat depan lab ni... Aduh...'anak2' ku ini...macamana nak siasat ni...nak ke diorang mengaku...

"Baiklah..3dk..siapa yang ambil roti kat lab sebelah..." Suasana riuh menidakkan..tiada siapa yang mengaku...

" Okla ummi tak marah..mengaku je..sebab klu bukan hak awak..klu awak makan..nanti jadi darah daging..hukumnya haram tau...x baik..."

"Lagi satu..nanti.. tak berkat..." Anak2 saya mula kelihatan gelisah...seperti menyorokkan sesuatu..

Tiba-tiba..pelajar X menunjukkan rotinya..."Ummi...nah ummi...." " Minta maaf, ummi..."

Pelajar lelaki pula kecoh..."Wei..cepatlah bagi roti tu..haram tau klu makan...."

Saya lihat mereka point kat satu meja ni....dan saya memang syak pun...

Akhirnya..2 orang pelajar ni dengan rela hati mengaku dan memberikan semula 2 buku roti tu lagi...

Saya tersenyum....

"Ok, yang ni je kan yang awak ambil..."

"Ye.." serentak mereka menjawab...

"Tak tipu,kan...Jujur ye.."

" Ye..ummi...kami jujur..."

" Ingat ye..pastikan awak tak makan benda haram ye.."

" Ye..ummi..kitorang kan baik..anak ummi..." ada sahaja ayatnya...

Saya tersenyum lagi....Alhamdulillah...anak2 ni masih lembut hatinya...bukan senang nak suruh orang mengaku kesalahan mereka...tambahan lagi boleh dilabel sebagai 'pencuri roti'...he..

tetapi..itulah yang saya bersyukur sangat...walaupun kelas 3dk ni bukanlah kategori kelas yang 'atas2' tetapi sekurang-kurangnya saya mahu mereka jadi 'insan' yang benar2 bergelar 'insan'....

"Ya Allah..semoga anak2 ini lembut hatinya..berkatilah ilmu mereka...berikanlah kejayaan kepada mereka...semoga mereka menjadi kebanggaan ibu dan ayah mereka..."

Saya hanya mampu berusaha...walaupun kadangkala hati saya juga merintih tatkala melihat 'kenakalan' mereka...tetapi...saya tetap yakin dan percaya..."Allah tahu apa yang kita lakukan dan Allah tahu niat kita...Allah pasti akan bantu.."

Ummi sayang anak2 ummi...


......... arni ....................

......... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat ..............

Friday, April 9, 2010

kekuatan itu dari Allah...

kadang-kadang..hati tiba2 rasa gelisah...
rasa jiwa tidak tenteram...
emosi tidak stabil....
macam-macam bermain di kepala...
yang tak tahu apa penyelesaiannya...
buntu....rasa sedih...geram...

tarik nafas dalam2..
ambil wudhu'....
solat...
tekan 'pause' emosi yg mengganggu tu..
berdoa..dan terus berdoa..
insya Allah...ketenangan itu akan dapat dirasai..
kekuatan itu akan dapat diresapi...pasti akan ada petunjuk dari ilahi...

senyum...=)
ubah minda...
hari esok pasti akan lebih baik..
setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..
Allah itu Maha Adil...Perancangan Allah pasti yang terbaik...Yakin..setiap kejadian pasti ada hikmahnya...

alhamdulillah......kini ketenangan dan kekuatan itu hadir...
syukur...diri ini masih insan terpilih untuk diuji....agar sentiasa dekat dengan pencipta tatkala diri ini kadangkala terleka....

syukur......



...... arni............

.....sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat......

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails