Saturday, July 17, 2010

....insya Allah...


tukar lagu tema blog..insya Allah..by maher zain..

insya Allah...maknanya...dengan izin Allah...(thanx to kak azian,jiran tempat duduk saya di sekolah....kerana secara tdk sengaja memperkenalkan lagu ni kpd sy..setelah sy mendgar k.azian menyanyi kecil di tmpat duduknya..he..)

jika kita rajin kerja dan ikhlas...insya Allah rezki kita akan berkat...
jika kita berbaik sangka...insya Allah semua orang akan suka kita...dan kita tak akan bermasam muka dengan orang..
jika kita suka puasa sunat..insya Allah..badan kita akan maintain n sihat...
jika kita suka solat....insya Allah..kita tidak akan melakukan perkara yang mungkar...
jika kita menepati janji...insya Allah..orang akan percaya kepada kita..
jika kita jujur...insya Allah kebaikan dan rezki yang tidak disangka-sangka pasti akan diperoleh..
jika kita sabar...insya Allah...Allah pasti akan beri ganjarannya...
jika kita baik...insya Allah..jodoh dan rakan-rakan kita juga dengan orang yang baik..

***

jika kita suka aniaya orang...berhati-hatilah..sebab doa orang teraniaya itu makbul..
jika kita tidak solat..pasti akan terpadam nur di wajah kita..
jika kita bakhil...kelak Allah akan tarik rezki kita..
jika kita suka menghina orang..pasti kita akan dipandang hina oleh Allah..
jika kita suka melawan ckp guru atau ibubapa..kelak hidup pasti tidak berkat...ingatlah hidup ini ibarat roda..what you give..you will get back !!

tetapi ...

jika kita hanya cakap..tapi tak buat...itu ibarat pokok yang tidak berbuah...

jika kita ditimpa musibah...anggaplah itu ujian dan dugaan dari Allah...bersabarlah..maafkan orang lain...doakan dia....

yakinlah...janji Allah itu benar...

"setiap kesusahan itu ada kemudahan.."

bersabarlah wahai diri...dekatkan diri dengan Allah..kerana Allah tidak akan tinggalkan hambaNya keseorangan....

Muhasabah diri selalu.......

insya Allah...Allah akan sentiasa bersamamu..
insya Allah..you'll find your way....


...... arni ......

.... sebarkanlah ilmu walau sepotong ayat....

Friday, July 16, 2010

......lampu isyarat........



merah...hijau....kuning........inilah 3 warna lampu isyarat..yang pernah saya tengok sepanjang saya hidup ni..

bila merah..kt kena berhenti...
bila kuning...kt harus bersedia utk berhenti..tetapi selalunya yg orang buat..bersedia untuk pecut..=)
bila hijau...kt boleh bergerak dan jalan...

macam itulah kehidupan saya hari ni...

kadangkala saya rasa saya perlu mengikut arahan warna merah..perlu berhenti atau menghentikan apa yang saya hendak buat..apa yang saya perlu cakap..apa yang saya perlu luahkan...jika itu yang terbaik untuk saya dan orang sekeliling saya..

kadangkala saya rasa perlu mengikut arahan warna kuning...perlu bersedia..maksudnya..apabila melihat anak murid yang bergurau atau yang tidak tahu jaga mulut..saya perlu bersedia untuk bertindak...supaya ia tidak terus merebak ke arah pergaduhan..
atau...saya perlu bersedia untuk menghantar sesuatu/ menyiapkan sesuatu dengan secepat mungkin sebelum masa yang ditentukan tiba..

dan..kadangkala..saya perlu mengikut arahan warna hijau...kena bergerak dan jalan.. maksudnya apabila kadangkala saya harus meneruskan amanah yang telah diberikan..walaupun masa yang diberikan tidak mencukupi..on the dot...atau perkara itu tidak saya sukai..saya harus juga meneruskannya...
atau..saya rasa arahan lampu hijau ini perlu jika ada perkataan yang tidak munasabah masuk ke telinga kita...yang boleh memeningkan...yang menyebabkan jiwa kita tidak tenteram...especially jika bukan kita yang melakukannya...just let it GO.... like a green traffic light...=)

lampu isyarat n agama

begitu juga..klu sesuatu itu memang tidak boleh dibuat atau dilarang oleh agama..contohnya tidak boleh mendedahkan aurat..tidak boleh memakan khinzir..tidak boleh meminum arak...tidak boleh berzina...kita kena mengikut arahan lampu merah..STOP...STOP TO DO IT...STOP YOUR ACTION !!

klu sesuatu itu masih samar-samar..seperti perkara syubahat...lebih baik kita meninggalkannya jika lebih menjurus yang tidak baik...seperti lampu kuning..yang menyuruh kita bersedia..

dan..jika perkara itu sesuatu yang baik..mendatangkan manfaat..kepada diri atau masyarakat..JUST DO IT....teruskan perjalananan kita..atau..jika perkara itu membawa kerosakan atau mudhorat kepada kita..JUST LEAVE IT..seperti lampu hijau....bermaksud teruskan...atau pergi...

itulah serba sedikit warna-warna lampu isyarat..dalam kehidupan saya..dan mungkin juga kehidupan anda =)

JADI..jika kita tidak mengikut aturan lampu isyarat itu..saya pasti kehidupan kita pasti tidak teratur..ibarat apabila orang melanggar lampu isyarat..yang kadangkala menyebabkan keadaan jalan raya terganggu dan kucar-kacir...

PERCAYA dan YAKIN lah pada sunnatullah.."Sesungguhnya apa yang telah Allah aturkan kepada ciptaanNya adalah yang terbaik untuk mereka..."


Wallahualam....


..... arni .....

.... sebarkanlah ilmu walau sepotong ayat .......

Thursday, July 8, 2010

saje je..entah apa2 ntah..=p

kilau...silau.....berpinar-pinar atau bergemerlapan...hehe...

apa yg pnting..USAHA... TAWAKAL....baru .....MANTOP.... =)

Tuesday, June 15, 2010

12 jun ..terciptanya sebuah kehidupan..

alhamdulillah masih diberikan nikmat iman,Islam, kesihatan yang baik,pekerjaan yang mulia,rezki yang halal..

alhamdulillah masih dikelilingi oleh keluarga yang penyayang, yang sentiasa mengambil berat,yang memahami diri ini...

alhamdulillah masih ditemani oleh rakan2 yang baik..yang sentiasa saling mengingatkan...aini,tikah,aimi,shikin..pertemuan bulan Jun yang amat bermakna walaupun sekejap..

alhamdulillah...tahun ini bertambah setahun lagi usia saya...

semoga saya akan bertambah matang dalam menghadapi kehidupan ini...
semoga saya akan mencapai apa yang saya doakan setiap hari..
kerna saya yakin dan percaya Allah itu Maha Adil..Maha Penyayang...

Perancangan Allah itu yang paling terbaik...Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...

Tuesday, June 8, 2010

Millatfacebook cabar Facebook

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MillatfacebookcabarFacebook/Article/
tarikh: 2010/05/29


Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.
Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.
“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

Thursday, June 3, 2010

telefon K.A.R.A.T....


"Kringgg....kringg.....telefon berbunyi....." sedutan Wounderpets..=)

Kesempatan berkursus di Genting baru-baru ni memberi saya idea untuk mencoret di sini...nak tahu kenapa??Jom baca...=)

Antara salah satu slot yang dilakukan ialah permainan ala2 telefon karat..di mana peserta pertama perlu membaca dan mengingat satu perkataan yang panjang dan menyampaikan mesej tersebut kepada rakan. Seterusnya rakan tadi menyampaikan mesej yang didengar kepada rakan yang seterusnya sehinggalah ke peserta yang akhir...memang kelakar apabila bermain dengan rakan2 sekerja yang bergelar guru ni...ragam dan gelagat masing2 ketika itu sangat mencuit hati..Permainan ini walaupun saya pernah bermain suatu ketika dulu..tetapi kesudahan permainan ini pasti sama..iaitu:

1) mesej yang diperolehi daripada peserta terakhir memang tidak akan sama daripada mesej yang disampaikan oleh peserta pertama

2) sepanjang bermain permainan ini..pasti akan terdapat rakan yang tersasul..atau terlupa perkataan..seterusnya mewujudkan perkataan baru yang tiada dalam mesej asal

3) terdapat pelbagai ragam ketika permainan dijalankan...ada yang mendengar dengan teliti..ada yang mendengar sambil ketawa...ada yang pakai "tibai" jer..he..

Kesimpulan yang boleh dibuat...itulah realiti sebuah kehidupan...yang di dalamnya penuh dengan cerita-cerita..kisah-kisah...sama ada yang benar-benar terjadi atau rekaan semata-mata..

Pasti ada sahaja cerita yang kadangkala kita tidak sangka..orang sedang memperkatakannya...yang sungguh berbeza dengan realiti cerita sebenar..yang sudah ditambah dengan pelbagai perisa tambahan...yang mungkin boleh menyebabkan seseorang itu terutamanya empunya diri yang menjadi subjek terpinga-pinga..tidak tahu menahu...yang boleh mengundang salah faham...dan jika ada pihak yang tidak professional mengendalikannya..boleh mengundang 'perang saudara'..dan bermasam muka..Nauzubillah..

Jadi..amatlah penting bagi kita..tidak terus percaya dengan khabar-khabar angin yang diterima atau didengari..melainkan selidiki dahulu cerita itu dan langkah yang paling bijak..bertanya terus kepada empunya diri...kan senang..mudah dan tepat..Jauh dari dosa mereka cerita dan memalukan pihak lain..

dan pihak yang menjadi subjek..kadangkala mendiamkan diri lagi baik...dan membiarkan sahaja cerita itu terbang bagai ditiup angin......he..

Itulah warna-warni sebuah kehidupan....Semoga kita tabah menghadapinya..kerana itulah masa kita diuji...=)

Semoga berjaya menghadapinya, rakan-rakan... chaiyok2...berhati-hati dengan telefon K.A.R.A.T =p


...... arni .........

..... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat .......

Sunday, April 25, 2010

b.a.h.a.g.i.a


mata tertumpu pada sebuah buku di genggaman..cantik ilustrasinya..tulisan Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni dan diterjemahkan oleh Muhammad Huzaifah.

melihat sahaja tajuk buku ini menyebabkan saya menarik nafas panjang. "Jangan bersedih..Jadilah wanita yang paling bahagia"...persoalannya mampukah saya?? untuk sentiasa kuat dengan dugaan yang menimpa..dengan godaan hawa nafsu..mampukah saya???

Saya membelek-belek lagi....memang menarik kandungannya..kata-katanya membuatkan saya tersenyum dan berasa ada satu kekuatan...

Bahagia?? apakah yang dimaksudkan dengan bahagia? Pelbagai maksud bahagia boleh diterjemahkan..bergantung kepada diri yang mengalaminya..sama ada bahagia ke arah kebaikan atau ke arah kejahatan.Bagi saya, mungkin....

Bahagianya seorang pelajar apabila dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya..apabila guru memujinya di dalam kelas...

Bahagianya seorang anak kecil apabila dia mendapat apa yang dia inginkan...mungkin sebatang ais-krim membuatkan dia tersenyum dan bercerita sepanjang hari..sebiji gula-gula membuatkan tangisannya terhenti seketika.

Bahagianya seorang ibu/ayah apabila anaknya mendengar katanya.Tidak membuat masalah di sekolah.Tidak menconteng arang ke muka mereka.

Bahagianya seorang guru apabila anak didiknya bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga memiliki akhlak yang baik.

Bahagianya seorang peniaga apabila jualannya habis terjual..

Bahagianya seorang perompak apabila dia berjaya merompak kedai emas dan melepaskan diri daripada polis. itu juga bahagia baginya. walaupun hakikatnya bahagianya dia tidak kekal.Sentiasa bimbang dan berasa diperhatikan.

Begitu juga..Bahagianya seorang kaki buli apabila dia berjaya memalukan dan memeras ugut orang lain.

Saya juga merasakan...Bahagianya seorang lelaki apabila lamarannya diterima.Mendapat kereta yang diidamkan.

manakala...Bahagianya seorang wanita apabila dia memiliki sebuah keluarga yang amat memahaminya, suami yang sentiasa menyokong dirinya,dikelilingi oleh anak yang soleh dan solehah..penyejuk hatinya..




namun ....

kemuncak bahagianya seorang mukmin itu ialah apabila jannah menjadi tempatnya kelak...itulah kebahagiaan hakiki...=)

Semoga saya akan sentiasa kuat..sabar..

apa yang penting..apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah..Allah pasti jaga kita...



Terima kasih kepada sahabat saya yang menghadiahkan buku ini..Semoga ilmu ini ilmu yang bermanfaat. Insya Allah setiap kali orang membaca buku ini, pasti pahalanya juga akan sampai kepada sahabat saya ini.

Kepada anak muridku yang ingin meminjam..sabar ye..biar ckgu habis baca dulu,ok..=) yang penting jaga elok-elok..itu wajib he...

"Semoga kita semua menjadi orang yang b.a.h.a.g.i.a..."


..... arni .....

..... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat........

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails