Monday, August 3, 2009

Kes ragut yang 'mengancam'....

..berhati-hati dengan kehadiran motor terutamanya jika pada waktu malam, mereka tidak memasang lampu..-gambar hiasan-


"Kakak akak baru je kena ragut tadi. " cerita kawan saya. "La, yeke..macamana boleh kena ragut??" "Kat mana??" soal saya bertubi-tubi ingin tahu.

"Kat atas motor, arni. Waktu tu sedang tunggu traffic light,kakak akak pula sorang-sorang. Lepas tu, entah macamana, ada seorang lelaki yang naik motor juga ternampak gelang yang kakak akak pakai. Rupahal waktu tu kakak akak pakai jaket. Mungkin kakak akak pun tak perasan yang gelang dia dah terkeluar dari pergelangan jaketnya. Hmm..apa lagi..habislah......Tak sampai setahun gelang itu dibelinya..dan harganya..dekat seribu lebih...."

Saya hanya mampu menggelengkan kepala..Dahsyat manusia akhir zaman ni..."Ya Allah, semoga kakak kawan saya tu sabar dengan ujian Mu.." doa saya di dalam hati.

Kes ragut yang 'mengancam'

Itu cerita kawan saya. Cerita saya?? Hmm..lagi menyedihkan..laptop saya yang berusia tidak sampai 3 bulan juga diragut oleh 2 orang penunggang motosikal..Nak tahu di mana?? Di depan rumah saya sahaja, sewaktu tu saya baru pulang dari kerja. Suasana senja yang senyap dan sunyi memudahkan lagi kegitan-kegiatan yang 'tidak bermoral' ni berlaku..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah...tiada kecederaan yang dialami.Cuma tangan saya sedikit kebas. Sehingga kini, saya berasa pelik kerana tiada aksi 'tarik menarik' berlaku tetapi tangan saya sedikit lebam dan kebas selepas diragut.Adakah ada alat lain yang digunakan sewaktu itu?? Saya tidak tahu. Cuma, saya ada terbaca di akhbar, kini ada sejenis 'alat elektrik' yang boleh 'melumpuhkan' mangsa seketika.

Hati-hatilah terutamanya kaum wanita..anak-anak gadis..remaja sekolah..."Ish, rasa nak belajar silat or taekwando jer.."Tapi, sempat ke nak gunakan skill tu waktu kejadian??..huhu..takpe, yang penting ada langkah pencegahan....=)

Sebuah renungan dan peringatan

Baru-baru ni, kita juga dikejutkan dengan berita kematian dua beradik yang meninggal dunia ketika cuba melarikan diri selepas meragut seorang wanita.Kematian yang penuh tragis...memalukan...menjadi bahan bualan di seluruh negara..

Saya terkesima.Ramai orang yang marah-marah kepada peragut tu.."Hah,padan muka.."
"Memang patut dia dapat balasan begitu.."

Tapi..jauh di sudut hati kecil saya..saya merasa sangat kasihan...saya berfikir, kenapala dua-beradik ni sanggup membuat kerja-kerja begini...mungkinkah mereka dalam keadaan terdesak yang amat sangat??Adakah kerana kesempitan hidup memaksa mereka melakukan perkara yang dilarang???

Saya berfikir sejenak...sudah tiada lagikah perasaan takut dalam diri manusia akan pembalasan di kehidupan masa akan datang??Atau sudah tiada lagikah pekerjaan lain yang boleh dilakukan untuk mendapatkan wang pada jalan yang halal??

"..dan bertebar-tebaranlah kamu mencari rezeki.." Allah memberi peringatan kepada manusia.

Setiap insan telah Allah tentukan rezeki mereka, bergantung kepada usaha mereka.Tidak kiralah seseorang itu golongan professional,pekerja am,peniaga,tukang sapu,amah dan sebagainya..yang penting ianya datang daripada sumber yang halal. Jangan selalu mengeluh andai kata kita melihat orang lain lebih mewah daripada kita. Lihatlah ke bawah, masih ada insan lain yang lebih susah daripada kita. Bersyukur dengan apa yang ada, di samping berusaha untuk kehidupan yang lebih baik!!!

Syarat doa makbul

Dari Abu Hurairah:

Rasulullah pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik,dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum mukmunin sama sebagaimana Dia memerintahkan para rasul.

Allah berfirman:" Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh."

Allah berfirman lagi:"Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu."

Kemudian Rasulullah mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah nelayar jauh. Rambutnya kusut masai, berdebu,mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon:

"Ya Tuhanku! Ya Tuhanku!" Sedangkan makanannya dari yang haram,minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram,dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram.Alangkah jauhnya dia (doanya) untuk dikabulkan," (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya..kita yang perlu mencorakkan kehidupan kita..Baik atau jahat..Beramal dengan sifat mazmumah atau mahmudah...

"Letakkan akhirat di hatimu..dunia di genggamanmu.." seperti pesan Aimi Nabiha sewaktu hari lahir saya..Shukran =)



....Sebarkanlah ilmu walau sepotong ayat....
.....arni.....

8 comments:

  1. Arni,
    Sabar ya..kesian arni..pasni kita belajar silat ya.. Arni kuat..Sayang Arni

    ReplyDelete
  2. arni,
    sabar ya..aini kagum dengan arni..arni kuat..kuat..kuat

    ReplyDelete
  3. time kasih aini....kekuatan itu datang dari Allah..kita mesti yakin yang perancangan Allah itu yang terbaik..mesti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..

    rndu kat aini..kenangan n cite2 kita tu akan arni simpan baik2...arni sentiasa doakan aini..kerana persahabatan kt pun bermula dari doa=)

    ReplyDelete
  4. arni, sabar ye ,terkejut sangat!tkah ingat lagi arni dah lama simpan hasrat nak beli laptop...dari u lagi..insyaAllah, mcam arni cakap rezeki dari ALLAH..DIA pinjamkan dan DIA bila2 masa boleh ambil balik.

    ReplyDelete
  5. =) time kasih tikah...time kasih kwn2..famili..sepupu2...time kasih semua..

    alhamdulillah dikelilingi oleh orang2 yang baik..yang sentiasa memberi semangat..membantu ketika diperlukan..penasihat dan pengkritik yang telus...terima kasih..=)

    ReplyDelete
  6. Agaknya peragut tu guna tazer gun. Tu yang rasa cam kena karen tu.

    ReplyDelete
  7. erm..entahlah ridzuanriza..ia berlaku trlalu pantas...x sempat nak tgk..=)

    ReplyDelete
  8. sabarlah kak arni....

    hidup ini penuh dugaan..

    =)

    ReplyDelete

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails