Thursday, May 7, 2009

erti bahagia.....

"assalamualaikum...cikgu...apa habaq??" dah kuar dah loghat kedah kawan saya ,tikah....waktu tu mata saya baru nak terlelap..saya tengok jam..dah pkul 11 lbh...tapi bila tgk kawan sy,tikah ni call...segar balik....=)

"arni,mcamana nak jadi ceria cam arni?? Tikah baca blog arni ceria jer..."

saya tergelak..."luar memang ceria..dalam hati..Tuhan yang tahu.." huhu....

jadi ckgu ni memang penuh dengan dugaan..memang menguji kesabaran..saya selalu tanya diri saya..adakah saya guru yang baik??...adakah saya guru yang sabar??..adakah saya benar2 ikhlas mengajar anak murid saya??.....betul ke anak murid saya faham apa yang saya ajar??...

setiap kali lepas mengajar..saya akan berfikir semula tindakan saya bersama anak murid saya...

saya akan rasa kesian pada pelajar yang tak bersalah dan ingin belajar..tapi selalu diganggu oleh kawan mereka yang kurang ingin belajar....

dan saya akan rasa sedih bila terkenangkan anak murid saya yang 'baik' tu taknak belajar...saya selalu fikir macamanalah Islam nak kuat jika begini akarnya (umatnya)....akarnya tidak kuat..mudah goncang...senang dibawa arus kemodenan...adab susila sudah tidak dihiraukan....

saya selalu kasihan melihat guru-guru akan mengeluh bila masuk ke dalam kelas yang 'belakang'..kadang-kadang jeritan dan teguran tidak dihiraukan....mengapa yer..anak2 sekarang semakin hilang rasa malu?? semakin hilang rasa hormat??

"macamana arni, kita nak suruh mereka solat..sebab kat rumah sendiri pun tiada siapa yang suruh mereka solat..." keluh rakan sekerja saya..

"kadang-kadang nak suruh mereka solat,macam nak kejar ' anak-anak kambing' masuk kandang.." guru yang penat mengejar...anak2 murid boleh main lari2 ke blok lain...

"Ya Allah..susah betul nak suruh mereka solat...sb tulah akhlak mereka pun agak susah dibentuk..hati mereka mudah gelisah..."

"Ya Allah..berikanlah mereka Hidayah...kerana Hidayah itu milikMu Ya Allah.."

wahai anak 'ummi'...fahamilah bahawa tiada guru yang tidak sayangkan anak murid mereka...
wahai anak 'ummi'...sedarlah bahawa apabila seorang guru itu marah..sebenarnya dia ingin melihat anda berjaya....dia merasa kesal dengan perangai anda...sebenarnya guru itu nak melihat anda menjadi doktor,guru,arkitek,engineer,petani,peniaga yang berjaya..bukan sahaja berjaya tetapi yang bergred A.....iaitu menjadikan Islam sebagai teras dalam melaksanakan pekerjaannya...

dan ingatlah...
bahagia seorang guru apabila melihat...

anak murid yang ponteng kelas..datang ke kelas mereka..
anak murid yang tidak pernah membawa buku..tiba2 menyalin nota dan latihan yang diberikan...

bahagia seorang guru apabila mendengar..
kejayaan anak muridnya..."Itu anak murid aku.." bangga guru itu...

bahagia seorang guru apabila anak murid yang 'baik' ini datang..dan menghampirinya.."Cikgu..ajarlah saya..bantulah saya..."

Guru tidak memerlukan hadiah yang mahal..tapi guru mengharapkan KEJAYAAN dan AKHLAK yang baik.....

"Seorang anak murid yang kurang 'pandai' tetapi berakhlak lebih baik daripada anak murid yang pandai tetapi tidak berakhlak..."

"Seorang anak murid yang kurang 'pandai' tetapi sedia diajar lebih baik daripada murid yang kurang 'pandai' tetapi tidak mahu belajar.."

Inilah erti bahagia bagi seorang guru...=)

sesungguhnya kerja itu sebagai ibadah dan amanah....mampukah saya ?????

"Ya Allah..berilah saya , keluarga dan sahabat2 saya kekuatan..."Amin....

3 comments:

  1. isyaAllah..algkah indahnye dunia ini klau sume cikgu camni...hehe(*_@)

    ReplyDelete
  2. terus memberi dan memberi tanpa putus asa

    ReplyDelete

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails