Wednesday, April 8, 2009

praktikal (latihan mengajar) he...

CIKGU OH CIKGU…..


“ umur cikgu berapa?”… “ cikgu dah ada boyfriend?”…senyum apabila terkenangkan masa praktikal dulu..he…

________________________________________________________________________



“Apa.??. sekolah cina??…huhu..macamana nak ajar ni.. mereka faham ke bahasa melayu..macamana pula bahasa inggeris…cakap bahasa cina ?? lagi tak tahu… waaini…li hao ma…tahu la…” rasa beratnya cabaran nak pergi ke sekolah tu…Mujurlah ada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan.. “ jangan bimbang..korang insan terpilih.Allah tempatkan korang berdua di sana kerana korang mampu..” Ya..itulah yang saya sematkan dalam hati..setiap kejadian itu ada hikmahnya dan Allah menguji hambaNya mengikut kemampuan..



“Selamat datang, cikgu..” Janggal mulanya apabila digelar begitu pada hari pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah..Nametag yang saya pakai dipandang.. Saya dan sahabat baik berpandangan sambil tersenyum..Kami dibawa ke bilik guru dan diberikan tempat duduk. “ Ooo..ada juga cikgu muda..Praktikal juga ke….” Bisik saya di dalam hati.



Suasana sekolah diamati.. “ hmm.. ‘boleh tahan’ juga sekolah ni..”

“ Ok, kelas..kamu nak dengar tak suara cikgu yang akan mengajar kamu sementara selepas ini??” tiba-tiba guru pembimbing memecahkan kesunyian kelas Biologi pada pagi itu.“ Nak..” Semua mata tertumpu kepada saya. Saya sejak tadi berada di tepi kelas memerhatikan mereka rasa berdebar-debar “ Arni..be cool..Chaiyok-chaiyok..” sempat lagi saya memberi semangat kepada diri tika itu..he..dengan penuh keyakinan saya memperkenalkan diri “ Saya akan berikan yang terbaik untuk anda dan mengharapkan anda juga berikan yang terbaik untuk saya ” Saya tersenyum kerana tidak sangka terkeluar ayat tersebut dari mulut ini..Cheh Wah..Dalam hati..Allah sahaja yang tahu…=) Hati saya terasa sedikit lega tatkala menerima tepukan daripada anak murid. Saya mengharapkan mereka dapat menerima saya dengan hati yang terbuka.



Esoknya, saya melawat pula kelas yang kedua, iaitu subjek Sains. Aduh, pening kepala apabila melihat anak murid saya yang berada dua meja di belakang kelas ,tidur. ”Budak-budak ni memang saya suka biarkan mereka tidur, kalau tidak mereka akan buat bising ” ujar guru yang penuh dengan sifat keibuan itu.” Oooo..macam tu ke..macamana lah keadaannya bila pensyarah ku datang..huhu..” hati kecil saya menangis..


____________________________________________________________________



“Ok class, today I would like to call three lucky students to be subatomic particles. When I call your name, please stand up and come in front.” Suasana kelas menjadi riuh seketika apabila melihat rakan mereka menjadi proton, nucleus dan electron. Saya semakin geli hati kerana rupa-rupanya nama yang saya panggil merupakan ’hero-hero’di dalam kelas, memang satu kebetulan !!



Anak murid saya, yang saya panggil proton pada mulanya kelihatan tegang apabila saya memanggil namanya, tetapi dia akhirnya tersenyum apabila melihat rakan-rakannya ketawa. ”Satu permulaan yang baik” hati kecil saya berbunga riang.



“ Teacher, we’re not finished yet” jerit anak murid apabila saya ingin menarik kertas transparency. Pelajar di belakang pula sibuk melihat keluar kelas, kelihatan pelajar sesi petang mula memenuhi perkarangan sekolah. ”Teacher, time’s up. We want to go back home.” Aduh, benarlah kata guru mereka, baik mereka tidur.. Tapi, ini tidak mematahkan semangat saya.” Aku mesti buat sesuatu ”…tekad saya dalam hati. Saya mesti mencuba kaedah lain untuk ’mencuri’ hati mereka. Saya takkan biarkan anak murid saya begitu sahaja .



Hati ini bertambah semangat apabila teringat kata seorang guru di sekolah tersebut . ”Kalau awak boleh mengatasi cabaran dan berjaya ’mengambil’ hati anak murid di sini, kelak walaupun awak ’dicampakkan’ ke mana-mana, pasti awak dapat mengatasinya.Analoginya seperti jika awak boleh memandu di Kuala Lumpur, nescaya awak boleh memandu di mana-mana” ujar guru yang turut kebingungan pada awal ’posting’nya ke sekolah ini walaupun telah mengajar hampir 10 tahun di Kuala Lumpur sebelum ini. Kata-katanya menggerunkan tetapi berjaya meniup semangat saya dan kengkawan untuk ’mencuri’ hati mereka.



” Ya Allah , Kau lembutkanlah hati anak muridku. Semoga aku seronok mengajar mereka dan semoga mereka juga seronok dan faham apa yang aku ajarkan. Berilah aku kesabaran dan kekuatan. Amin. ”


dan... Alhamdulillah dapat A 'kurus' (A-) untuk latihan mengajar he..=)



"Percayalah setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya…Kuatkan semangat, sentiasa berfikiran positif, rajin mencuba kaedah baru dan ceria selalu…Jangan lupa berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan..=)"



No comments:

Post a Comment

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails