Sunday, January 30, 2011

BST 3 : Zaman apakah kita???



" Zaman Jahiliyah ialah zaman di mana pada ketika itu ramai manusia yang minum arak, berzina, wanita ditindas, diperlakukan seperti binatang, maruah wanita dipijak, anak-anak perempuan dibunuh, berjudi merata-rata, orang yang lemah ditindas.." saya teringat ustazah dan ustaz memberi pesan ketika saya di alam persekolahan...

Kini, saya sudah menginjak ke alam yang lebih dewasa...saya lihat keadaan di sekeliling saya....setiap hari saya pasti dapat melihat dan membaca di media massa tentang kes bunuh, kes dera, berjudi,kes zina, anak-anak kecil dibunuh..

Jika dulu hanya anak-anak perempuan dibunuh, kini tidak kira jantina, anak-anak dibuang, dicampakkan ke lubang najis, dilonggokkan bersama sampah-sarap yang penuh dengan kebusukan dan ulat..anak-anak yang tidak berdosa ini ada juga yang diletakkan di hutan, tepi-tepi jalan...dibiarkan beralaskan tanah..beratapkan langit..hujan dan panas..binatang-binatang seperti anjing liar yang sentiasa kelaparan mencari mangsa sentiasa berkeliaran...anak-anak ini hanya dibiarkan berseorangan tanpa ada rasa belas kasihan daripada si 'ibu bapa' yang tidak sah ini...tanpa ada rasa malu dan takut kepada Allah yang menciptakannya...

Tidak takutkah mereka akan balasan di alam yang kekal abadi kelak??

Saya berfikir lagi.....jika dulu di zaman jahiliyyah kes zina berleluasa...saya menarik nafas ... beristighfar....kini di mana-mana sahaja juga berlaku zina..kes khalwat boleh dikatakan setiap hari...si isteri A bersama si suami B...si suami A bermain cinta dengan si gadis C... si isteri B bermain mata dengan si teruna C...

Lihat sahaja di tempat-tempat awam...remaja tanpa segan silu bermadu kasih...ketika di dalam tren lrt pun tiada perasaan malu...saya pula yang rasa malu melihat mereka...

Jika dulu, kita memanggil zaman itu adalah zaman jahiliyyah ..kini..apakah gelaran yang sepatutnya kita berikan kepada zaman ini??? super jahiliyyah??? or zaman jahihiyyah moden???

Saya berfikir lagi....teringat pertanyaan dan perbincangan dengan seorang sahabat...

"adakah dulu , manusia tiada kitab sebagai rujukan dalam kehidupan???"

"Sudah pasti ada...kerana sebelum kedatangan Al-Quran, sudah ada kitab Taurat, Zabur, Injil...tetapi kenapakah masih ada masalah sosial pada ketika itu?? Jawapannya adalah kerana pada zaman jahiliyyah ..mereka tidak berpegang kepada kitab pada ketika itu...

Kita berbalik kepada masalah pada zaman ini...kenapakah masalah sosial banyak berlaku malah lebih dahsyat lagi????? Jawapannya juga adalah sama iaitu kerana .....manusia tidak mengambil kitab iaitu ALQURAN sebagai rujukan dan pedoman dalam kehidupan......!!!!! " sahabat menjelaskan....

Ye..Alquran dan sunnah Rasulullah itu adalah WASIAT kepada kita...

Alquran itu bukanlah hanya untuk disyairkan atau dilagu-lagukan sahaja tetapi Alquran itu perlu diambil pengajaran daripadanya...



" ..Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.."
(An-nahl) 16: 78



Gunakanlah pancaindera yang Allah anugerahkan kepada kita agar kita berfikir dan terus berfikir..



" Tunjukilah kami jalan yang lurus " Alfatihah 1:6




amin....


...... arni .......

....... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat ......


3 comments:

  1. setiap ape yg kita buat pasti ade nilainya. nilai tersebut akan dibalas Allah mengikut ape yg kita lakukan. sentiasalah berdoa mohon jgn dpesongkan hati menuju ke jalan yg dmukai dan juga jalan yg sesat. amin.

    toss

    ReplyDelete
  2. " kebaikan sebesar zarah pun akan dinilai..kejahatan sebesar zarah pun akan dinilai.."

    "Tunjukilah kami jalan yang lurus" insya Allah...17 kali sehari..doa inilah yang kita mohon setiap hari..smg Allah makbulkan...amin..

    ReplyDelete
  3. manusia terlalu leka.. zaman jahiliyah dengan apa yang jadi sekarang tak ade bezanya arni..

    ReplyDelete

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails