Sunday, April 25, 2010

b.a.h.a.g.i.a


mata tertumpu pada sebuah buku di genggaman..cantik ilustrasinya..tulisan Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni dan diterjemahkan oleh Muhammad Huzaifah.

melihat sahaja tajuk buku ini menyebabkan saya menarik nafas panjang. "Jangan bersedih..Jadilah wanita yang paling bahagia"...persoalannya mampukah saya?? untuk sentiasa kuat dengan dugaan yang menimpa..dengan godaan hawa nafsu..mampukah saya???

Saya membelek-belek lagi....memang menarik kandungannya..kata-katanya membuatkan saya tersenyum dan berasa ada satu kekuatan...

Bahagia?? apakah yang dimaksudkan dengan bahagia? Pelbagai maksud bahagia boleh diterjemahkan..bergantung kepada diri yang mengalaminya..sama ada bahagia ke arah kebaikan atau ke arah kejahatan.Bagi saya, mungkin....

Bahagianya seorang pelajar apabila dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya..apabila guru memujinya di dalam kelas...

Bahagianya seorang anak kecil apabila dia mendapat apa yang dia inginkan...mungkin sebatang ais-krim membuatkan dia tersenyum dan bercerita sepanjang hari..sebiji gula-gula membuatkan tangisannya terhenti seketika.

Bahagianya seorang ibu/ayah apabila anaknya mendengar katanya.Tidak membuat masalah di sekolah.Tidak menconteng arang ke muka mereka.

Bahagianya seorang guru apabila anak didiknya bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga memiliki akhlak yang baik.

Bahagianya seorang peniaga apabila jualannya habis terjual..

Bahagianya seorang perompak apabila dia berjaya merompak kedai emas dan melepaskan diri daripada polis. itu juga bahagia baginya. walaupun hakikatnya bahagianya dia tidak kekal.Sentiasa bimbang dan berasa diperhatikan.

Begitu juga..Bahagianya seorang kaki buli apabila dia berjaya memalukan dan memeras ugut orang lain.

Saya juga merasakan...Bahagianya seorang lelaki apabila lamarannya diterima.Mendapat kereta yang diidamkan.

manakala...Bahagianya seorang wanita apabila dia memiliki sebuah keluarga yang amat memahaminya, suami yang sentiasa menyokong dirinya,dikelilingi oleh anak yang soleh dan solehah..penyejuk hatinya..




namun ....

kemuncak bahagianya seorang mukmin itu ialah apabila jannah menjadi tempatnya kelak...itulah kebahagiaan hakiki...=)

Semoga saya akan sentiasa kuat..sabar..

apa yang penting..apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah..Allah pasti jaga kita...



Terima kasih kepada sahabat saya yang menghadiahkan buku ini..Semoga ilmu ini ilmu yang bermanfaat. Insya Allah setiap kali orang membaca buku ini, pasti pahalanya juga akan sampai kepada sahabat saya ini.

Kepada anak muridku yang ingin meminjam..sabar ye..biar ckgu habis baca dulu,ok..=) yang penting jaga elok-elok..itu wajib he...

"Semoga kita semua menjadi orang yang b.a.h.a.g.i.a..."


..... arni .....

..... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat........

6 comments:

  1. Adakah semua yang ditaip Arni tu ada dalam buku tersebut. Atau dari hati sendiri.

    Boleh tak Arni carikan macam mana pula pemahaman kita terhadap hakikat sebuah takdir. Baik dan buruk sebuah takdir.

    Teruskan dgn usaha baik Arni.

    Tk

    Toss.

    ReplyDelete
  2. TOSS yang rajin memberi komen..
    walaupun sy tidak pasti adakah memang benar kt tidak mgenali..=p Hanya Allah yang tahu..tetapi itu tdk penting..yg ptg boleh bertukar pndangan..=)

    erm..berkaitan dengan kandungan entri ni..itu hanyalah pendapat saya shj...nak tahu lbh lanjut..kena la baca buku ini...=)

    dan pertanyaan awak itu, saya tidak dapat memberikan jawapan yang baik..kerana saya bukanlah orang yg layak menjawabnya..

    cuma dari segi pemahaman saya..dan ilmu yg tidak seberapa ini..takdir itu ialah salah satu daripada rukun iman..yang wajib kita percaya dan beriman iaitu percaya kepada qada' dan qadar..

    ada yang memang kita tidak boleh ubah contohnya bila seseorang itu dilahirkan..dimatikan...

    dan ada juga yang boleh kita ubahnya jika kita berusaha..cntohnya kejayaan..kekayaan..rezki boleh diubah jika kita berusaha..dan bertawakal..

    wallahualam...

    ReplyDelete
  3. Thanks Arni, psl info takdir.
    Ape pun bersyukur kerana tidak banyak bagi komen kerana tentang beriman kepada Qada' dan Qadar amat susah difahami. Silap2 boleh menjadi sesat.

    Kerana sebelum ini, saya amat perlukan kefahaman tentang tersebut. Mengharapkan Arni mencari maklumat tersebut. Namun begitu, saya telah membeli sebuah buku untuk rujukan. Namun begitu, amat sukar kita memahami hakikat sebuah takdir.

    Kalau takdir yang baik kita memang cepat menerimanya dan langsung tidak memikirkan tentang takdir. Kebanyakan lupa Allah yang takdirkan.

    Jika kita menerima takdir yang buruk. Teramat sukar kita menerima takdir tersebut.

    Semoga kita semua sentiasa berdoa agar dibantu oleh Allah.

    TOSS.

    ReplyDelete
  4. betul tu..memang perlu kefahaman yg tinggi dan dibantu oleh orang2 yg arif utk kita lbh memahami tntg qada' dan qadar..

    boleh saya tahu apa tajuk buku tu? dgr mcm menarik..

    ReplyDelete
  5. Tajuk buku BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR. Keluaran dari PTS. Sorry psl tak dapat nak bagi kesimpulan buku tersebut. Bimbang salah pemahaman melalui bacaan.

    Sesungguhnya, ujian/ dugaan Allah sentiasa ada. cuma perbezaan berat dan ringan ujian terhadap hambanya.


    Toss
    (tmtoss@gmail.com)

    ReplyDelete

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails