Wednesday, December 23, 2009

BST: Baru Saya Tahu......kisah 1


"Tuan-tuan..puan-puan...Dalam diri manusia ada 3 watak.." penceramah memulakan bicara...

" Yang pertama ialah doktor...yang kedua ialah arkitek dan yang ketiga ialah chef.."

Saya tekun mendengar..hmm..3 watak sekali gus??? menarik juga ni...terus tangan saya ligat mencapai pen dan kertas..bimbang 'lupa ingatan'...

" Kita semua adalah doktor sebab kita yang kena check diri kita sendiri..apa kurang..apa lebih..listkan..kenali diri sendiri..kita sahaja yang betul-betul memahami diri kita..."

"Kita juga ialah arkitek.Nak tahu kenapa...sebab..selepas kita dah check diri kita..kita cuba bina diri kita semula...jika ada kekurangan,kita perbaiki..jika ada kelebihan ,kita manfaatkan..."

Habis tu,kenapa pula kita juga adalah chef?? Saya tertanya-tanya sendirian.

Penceramah menyambung bicara " dan kita juga ialah chef kerana kita sendiri yang kena merasa perubahan itu..sama ada terlebih 'perasa' ke..terkurang 'bahan' ke..tak pun maintain sahaja rasanya..tak kurang dan tak lebih.itu rugi..." Saya tersenyum. Terkena.

"Jadi,kalau kita nak jadi orang yang berjaya dan positif, kita mestilah kena jadi 'doktor,arkitek dan chef' kepada diri sendiri dulu...barulah masyukkk..( masyukk ni saya tambah..he..) "

Saya tersenyum lagi....pandai penceramah ni berkata-kata..saya pun dah tak ingat namanya,tapi sungguh memberi kesan kepada saya..hmmm...."Baru Saya Tahu....." =)



.......... arni.......................

.........sebarkanlah ilmu walau sepotong ayat...................

2 comments:

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails