Tuesday, August 25, 2009

"Tarbiyah" si kecil....




Akmal n Firdaus






Hari pertama Firdaus berpuasa…Firdaus yang monyok….


Di rumah arwah Yang nya.


“Pagi tadi firdaus sahur??” Firdaus diam sahaja…Tak berjawab..

“Firdaus, cik ani tanya ni..firdaus makan apa pagi tadi…” Saya masih cuba memujuk. Diam juga…tapi muka firdaus macam nak tersenyum..Cepat-cepat mukanya sengaja dialihkan ke tempat lain. Mulutnya, muncung boleh diikat..masam jer….Firdaus..Firdaus…


Muhammad Nur Firdaus, baru berusia 6 tahun..cuba berlatih puasa tahun ni…


Hmm..patutla masam jer..tiada energy rupanya anak saudara cik ani ni….tapi alhamdulillah hari pertama Firdaus berjaya puasa penuh…dan firdaus hanya berbuka dengan mee goreng…=)



Hari kedua Firdaus berpuasa.. Firdaus yang bertenaga…


Hari ini, Firdaus datang berbuka di rumah neneknya…


“Nenek..Firdaus nak air oren tau nanti…” Firdaus dah mula melilau-lilau matanya melihat peti ais neneknya…Inilah rutin anak-anak saudara saya, bila sampai jer rumah neneknya..perkara pertama yang pasti mereka buat ialah BUKA PETI AIS !!! Orang Jawa kata banyak JAJAN…he..tapi itu kalau time banyak jajan..bile time tiada jajan..terpaksalah umpan benda lain pula =)


Tak lama lepas tu..


“Nenek..nenek..nanti Firdaus nak Vico sama tau..” pinta Firdaus apabila ternampak tin Vico di dapur...Pulak dah…Memang kes teringin la ni..


“Firdaus, sabar ya, kejap lagi ummi buatkan..” Ummi Firdaus cuba memujuk.


Jam menunjukkan hampir pukul 7..


Tiba-tiba..Firdaus mengambil tin Vico dari atas dapur dan jag air…


“Eh, Firdaus nak buat apa ni…” Firdaus diam sahaja sambil tangannya bermain-main dengan tin dan jag. Saya tersenyum..baru saya teringat..Ya Allah..air Vico Firdaus !!!


“Meila Firdaus, cik ani buatkan yer..” Saya pun terus membancuh air Viconya. Firdaus hanya melihat…khusyuk =p


“Ok Firdaus, kita letak kat peti ais dulu yer..nak bagi sejuk. Nanti kita ambil bila nak berbuka,ok..” Firdaus mengangguk..


“Ok,cik ani..kita bagi sejuk dulu..” Saya sengaja bancuhkan lambat sedikit supaya air tu tak sejuk sangat..sebab Firdaus tak boleh minum ais sangat.


Hari kedua ni, Firdaus dah tak macam semalam..bergerak sana,bergerak sini..tambahan lagi Akmal,sepupunya pun datang.Lagilah jadi hero.Sehinggakan kami terpaksa menyuruh mereka duduk diam seketika, sebab takut mereka letih...


Alhamdulillah Akmal juga berpuasa hari kedua ni..Akmal sebaya Firdaus..Cuma hari pertama Akmal puasa separuh hari sebab…teringin tengok adiknya,Husna makan keropok..(^-^)


Sedang kami sibuk-sibuk menghidang lauk..tiba-tiba…Firdaus bangun....nak tahu dia menuju ke mana??? He..Firdaus bergerak ke dapur dan menuju ke peti ais…Ya....Air Vico Firdaus…memang sah Firdaus takkan lupa airnya...Aduh, kelakar betul anak saudaraku ini..Macam-macam…=)


Puasa yang penuh didikan…


"Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu,mudah-mudahan kamu bertakwa kepada Allah" al-Baqarah ayat 183


dan...syarat-syarat wajib berpuasa ialah:

1) orang Islam 2) sudah dewasa (baligh) 3) berfikiran waras 4) mampu berpuasa

rujukan: Buku "Dato' Dr. Haron Din Menjawab Persoalan fikah harian (Edisi Kemas Kini), terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd."


Antara salah satu syarat wajib puasa ialah baligh...tapi adakah mudah bagi seseorang itu untuk berpuasa jika hanya bermula puasa apabila sudah baligh?? Sudah tentulah sukar,kan.


Pepatah Melayu menyebut " Melentur buluh biarlah dari rebungnya.." Memang tepat perumpamaan ni. Waktu kecil2 nilah anak-anak masih boleh dibimbing dan dibentuk. Tidak salah rasanya jika kita menawarkan ganjaran kepada mereka seperti kalau time saya kecil dulu..50 sen untuk setengah hari..seringgit untuk puasa penuh..Tapi kalau puasa setengah hari pun, waktu makan kena tunggu makan nasi dengan orang puasa.=p


Di sinilah kebijaksanaan ibubapa itu perlu..Di samping kita menawarkan ganjaran, penerangan perlu dibuat. Ganjaran yang macamana dikira di sisi Allah..iaitu konsep pahala..syurga.. Kenapa kita perlu puasa...Apa yang mereka boleh buat..dan tak boleh buat waktu puasa....Terangkan yang simple2..sesuai dengan umur mereka..


" Kita ni untung..ada benda yang boleh dimakan..orang kat luar sana..ada yang nak dapatkan sebutir nasi pun payah..." Pesan arwah ayah. Arwah ayah saya memang tak suka jika kami adik-beradik makan membazir. Sebab tulah, sampai sekarang saya akan cuba habiskan juga makanan di pinggan saya kecuali jika memang dah tak boleh sumbat..=)


Puasa juga mengajar kita sentiasa bersyukur..bersabar...berusaha gigih dalam mengejar amal kebajikan...dan rajin bersedekah.. Ramadhan juga antara waktu dimakbulkan doa...Subhanallah..inilah kebijaksanaan Allah mendidik hamba-hambanya..


Jadi..jangan lepaskan peluang ramadhan kali ni..sebab..kita tidak tahu adakah tahun depan, kita masih berpeluang untuk berjumpa dengan bulan yang mulia ini...Amal..Doa..Mohon petunjuk dan keampunan...


Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja..Amin..


p/s: tak tahulah si Akmal n Firdaus tu tahan ke tak..Semoga mereka dapat berpuasa penuh..Nanti cik ani bagi duit raya..Insya Allah =)



.....sebarkanlah ilmu walau sepotong ayat....

....arni.....




No comments:

Post a Comment

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails