Thursday, June 18, 2009

Bersyukurlah anda seorang perempuan.....

Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:

مَنِ ابْتُلِيَ مِنَ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ، فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ، كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّارِ

“Barangsiapa yang diberi cubaan dengan anak perempuan kemudian ia berbuat baik pada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
( Hadis riwayat Bukhari no. 1418 dan Muslim no. 2629)

Kenapa yer..hadith ni menekankan anak perempuan..dan bukannya anak lelaki....

saya pernah bertanya mak.."mak,senang ke nak jaga anak perempuan.."

mak saya kata..."jaga anak perempuan ni lain daripada jaga anak lelaki.."

"kalau dengan anak perempuan, kita kena lembut sikit..perhatian kena lebih..."

"perasaan anak perempuan juga lebih halus...."

tapi..kalau anak lelaki..lain pula cara didikannya..kita kena masukkan unsur2 tanggungjawab...kerana mereka inilah yang akan jadi pelindung dan imam kepada orang perempuan...bukannya menjadi perosak kepada anak gadis orang lain.

Perempuan yang berjiwa halus

"Inilah awak..asyik menangis..menangis..merajuk..." rungut si suami..
"Yelah awak tu yang tak faham...." si isteri mempertahankan diri.

Halnya hanyalah kecil, si suami terlupa membelikan barang yang dipesan..waktu tu pula si isteri pula sedang mengandung..tak pun tengah ABC (Allah Bagi Cuti )..aduhai lagi lah parah...

Tapi sebenarnya jiwa perempuan memang Allah dah ciptakan lembut..halus..mudah mengalirkan air mata. Tapi adakah wanita itu LEMAH?????

Tidak.....sama sekali tidak..

Allah yang menciptakan kita..jadi sudah tentulah Allah lebih mengetahui hikmahnya..

Kalau masih tak faham lagi..analoginya begini..hanya seorang pembuat robot yang dapat membaiki robot yang rosak. Sudah tentulah seorang doktor tidak dapat memberitahu kenapa robot itu rosak serta - merta dan amat mustahillah ada ubat pula yang perlu diberi kepada robot tersebut..Jadi, hanya pencipta yang lebih memahami apa yang dicipta...

Cuba kita fikir..siapa yang akan mula2 terjaga apabila mendengar tangisan bayi ??
Siapa yang akan memujuk anaknya jika anaknya menangis??
Siapa yang akan membelai dan setia mendengar luahan si anak???

Sudah tentulah seorang wanita..iaitu insan yang bergelar ibu, mak, ummi, mama...

Mungkin ada segelintirnya mengatakan ayah mereka..tapi percayalah kebanyakannya akan memberikan jawapan emak...

Wanita memang mempunyai suatu perasaan yang halus..
"Mak rasa tak sedap hatilah...sebab tulah mak telefon ni..."

SubhanAllah..naluri seorang ibu sangat kuat...naluri seorang isteri juga hebat....sebab tulah seorang isteri cepat merasa kelainan tingkah laku suaminya..

Perempuan insan istimewa

"Menangislah dik..jika ini yang dapat melegakan hati adik.." saya teringat ada seorang adik program yang rindukan maknya kerana sudah lama terpisah dengan maknya..Inilah yang saya buat jika ada kawan yang rasa nak menangis..saya akan menyuruhnya menangis sahaja..saya takkan menahannya kerana saya tahu hanya dengan menangis, seorang wanita itu akan berasa lega...ibarat sebahagian masalahnya sudah selesai...

Inilah wanita insan yang istimewa...Allah hadiahkan air mata sebagai penenangnya...

Percaya tak bahawa seorang perempuan sanggup mengorbankan seluruh jiwa dan raganya kepada seorang lelaki yang bergelar suami sebaik sahaja lafaz "Aku terima nikahnya" dibacakan...

Perempuan juga telah Allah anugerahkan kelembutan untuk menjadi pendamai kepada anaknya...sifat wanita yang penuh penyayang inilah yang akan melahirkan generasi yang soleh dan solehah...

Perempuan juga diberi kekuatan untuk menjadi sayap kiri suaminya . Pepatah menyebut "jatuhnya seorang lelaki kerana seorang wanita..dan hebatnya seorang lelaki juga kerana seorang wanita juga.."

Jadi, bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang perempuan..Jagalah akhlak, maruah dan tuntutlah ilmu sebagai bekalan pada masa akan datang..

"Jika anda mahukan dunia,pasti dengan ilmu..jika anda mahukan akhirat juga dengan ilmu..Jika anda ingin kedua-duanya juga dengan ilmu.."

Kuatkan diri...jangan jadi insan yang 'murah'...... kerana kita sangat istimewa.....Bersyukurlah...

No comments:

Post a Comment

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails