
mata tertumpu pada sebuah buku di genggaman..cantik ilustrasinya..tulisan Dr 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni dan diterjemahkan oleh Muhammad Huzaifah.
melihat sahaja tajuk buku ini menyebabkan saya menarik nafas panjang. "Jangan bersedih..Jadilah wanita yang paling bahagia"...persoalannya mampukah saya?? untuk sentiasa kuat dengan dugaan yang menimpa..dengan godaan hawa nafsu..mampukah saya???
Saya membelek-belek lagi....memang menarik kandungannya..kata-katanya membuatkan saya tersenyum dan berasa ada satu kekuatan...
Bahagia?? apakah yang dimaksudkan dengan bahagia? Pelbagai maksud bahagia boleh diterjemahkan..bergantung kepada diri yang mengalaminya..sama ada bahagia ke arah kebaikan atau ke arah kejahatan.Bagi saya, mungkin....
Bahagianya seorang pelajar apabila dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya..apabila guru memujinya di dalam kelas...
Bahagianya seorang anak kecil apabila dia mendapat apa yang dia inginkan...mungkin sebatang ais-krim membuatkan dia tersenyum dan bercerita sepanjang hari..sebiji gula-gula membuatkan tangisannya terhenti seketika.
Bahagianya seorang ibu/ayah apabila anaknya mendengar katanya.Tidak membuat masalah di sekolah.Tidak menconteng arang ke muka mereka.
Bahagianya seorang guru apabila anak didiknya bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi juga memiliki akhlak yang baik.
Bahagianya seorang peniaga apabila jualannya habis terjual..
Bahagianya seorang perompak apabila dia berjaya merompak kedai emas dan melepaskan diri daripada polis. itu juga bahagia baginya. walaupun hakikatnya bahagianya dia tidak kekal.Sentiasa bimbang dan berasa diperhatikan.
Begitu juga..Bahagianya seorang kaki buli apabila dia berjaya memalukan dan memeras ugut orang lain.
Saya juga merasakan...Bahagianya seorang lelaki apabila lamarannya diterima.Mendapat kereta yang diidamkan.
manakala...Bahagianya seorang wanita apabila dia memiliki sebuah keluarga yang amat memahaminya, suami yang sentiasa menyokong dirinya,dikelilingi oleh anak yang soleh dan solehah..penyejuk hatinya..

namun ....
kemuncak bahagianya seorang mukmin itu ialah apabila jannah menjadi tempatnya kelak...itulah kebahagiaan hakiki...=)
Semoga saya akan sentiasa kuat..sabar..
apa yang penting..apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah..Allah pasti jaga kita...

Terima kasih kepada sahabat saya yang menghadiahkan buku ini..Semoga ilmu ini ilmu yang bermanfaat. Insya Allah setiap kali orang membaca buku ini, pasti pahalanya juga akan sampai kepada sahabat saya ini.
Kepada anak muridku yang ingin meminjam..sabar ye..biar ckgu habis baca dulu,ok..=) yang penting jaga elok-elok..itu wajib he...
"Semoga kita semua menjadi orang yang b.a.h.a.g.i.a..."
..... arni .....
..... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat........