Sunday, July 12, 2009

kita dan fotosintesis????.....















salam..bertemu kembali....siapa yang tengah form 2 atau yang sedang mengajar subjek Sains tingkatan 2 mesti dah belajar apa itu fotosintesis..

Fotosintesis ialah satu proses di mana pengeluar iaitu tumbuhan menghasilkan makanannya sendiri. Tetapi apa yang diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis ini???

Ada 4 keperluan bagi tumbuhan untuk menjalankan proses ini iaitu:
1) cahaya matahari
2)gas karbon dioksida
3) air
4) klorofil..(iaitu pigmen hijau yang menyerap cahaya matahari untuk menjalankan proses ini)


dan hasil proses fotosintesis ini ialah...
1) makanan (glucose)
2) gas oksigen


Jadi apa kaitannya kita dan proses fotosintesis ni??

Proses ini tidak akan berlaku jika salah satu daripada 4 keperluan di atas tidak dipenuhi..Macam itulah kehidupan kita... Bolehkah kita menjalankan proses ke arah jannah jika kita tidak menyiapkan diri ke arah itu???Sudah ke kita memenuhi keperluan-keperluan untuk ke situ....Bagaimana dengan iman..amal...akhlak..dan ibadah kita....

Lengkapkah proses itu???Bersediakah kita?????


"Lihatlah alam kerana di situ terdapat kekuasaan dan kebijaksanaan Allah"

iman + ibadah + akhlak + amal -> syurga + kebahagiaan hakiki


...sebarkanlah ilmu walau sepotong ayat...

...arni....

No comments:

Post a Comment

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails