Thursday, February 26, 2009

Usahawan..dari satu IMPIAN..menjadi sebutir MUTIARA....



ahli2 ALP (Ahli lembaga pengarah) n guru pembimbing..


Baru-baru ni..saya baru sahaja menghadiri kursus pengenalan kpd ahli lembaga pengarah dan guru pembimbing syarikat program usahawan muda PERMATA Negeri Selangor.Bertempat di De Palma Inn, Shah Alam membuatkan sy berasa bahawa anak-anak Malaysia sgt bertuah kerana sentiasa diberi peluang untuk menuntut ilmu..tiada bayaran dikenakan..pendek cerita, semuanya FREE...makanan hotel,menginap di hotel,dan bahan2 modul... (jika mereka bukan bergelar seorang student,sudah tentu kosnya mencecah beratus ringgit seorang). Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan,bagaimana menguruskan sebuah syarikat,apakah produk2 kreatif yang dapat dijual,cara membuat akaun dan cara untuk berkomunikasi.


amboi...seronoknyer waktu aktiviti dijalankan..=)


khusyuknyer....=p


Apabila saya menghadiri program ini..saya berfikir sejenak, segala usaha, bengkel,kem telah diadakan, tetapi mengapakah negara kita masih kurang menghasilkan usahawan Bumiputra yang berjaya?? Adakah kerana bengkel2 yang dijalankan kurang berkesan?? atau adakah kerana sikap kita sendiri yang mcm ngara 4 musim..(maksudnya selepas kursus bersemangat..kemudian lama2 mudah jemu dan putus asa apabila tidak mencecah sasaran..)atau adakah usahawan Bumiputra sendiri mempunyai sikap 'jangan lebih dari aku'??? Saya tidak pasti...

Daripada program ini, saya ingin berkongsi cerita daripada seorang penceramah jemputan, En Tahir Taib yang menjadikan kata2 seorang rakyat Jepun kepadanya bahawa "industri tayar..no die !!!" sebagai peransang kepadanya untuk membuka kedai tayar...Beliau berkata, tiap2 hari orang akan pakai kereta..lama2 mesti kena tukar tayar..bayangkan jika sebuah kereta, 4 tayar..berapa ramai orang yang akan tukar sebuah tayar dalam sebulan?? setahun ???..walau macamana ekonomi meleset pun, orang pasti kena tukar tayar juga kalau nak gerak...HEBAT,bukan??..Pemikiran yang Allah berikan kepadanya..

Beliau berkongsi lagi..budaya berniaga orang Cina ialah "jangan lawan harga"..maksudnya mesti kasi sama2 untung..jangan turunkan harga pasaran...mesti bekerjasama..xde istilah "jangan lebih dari aku".."ilmu pelaris" dan sebagainya !!
Sekali lagi saya kagum dengan usahawan kental yang pernah mendapat harga jualan tidak sampai RM10 sehari..yang sanggup menceburi bidang yang orang kata, memang takleh pakai smart sb asyik kotor..=) Saya berasa bangga dengan beliau kerana berjaya membuktikan bahawa orang Melayu boleh berjaya..!!! Syabas dan terima kasih di atas pengalaman yang sgt berharga !!

Semoga program PUM PERMATA akan melahirkan lebih ramai usahawan soleh dan solehah yang bukan sahaja bergelar jutawan malah menjadi penyumbang utama dalam pembangunan ummah di negara kita ini..

Usahawan..dari satu IMPIAN..menjadi sebutir MUTIARA....=)


No comments:

Post a Comment

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails