Monday, November 25, 2013

melakar cinta firdausi ~kerjasama dalam berusaha mancintai dan dicintai.....^_^


Assalamualaikum wbt.....
cuti sekolah menjenguk tiba...alhamdulillah tahun ni saya tak kena jaga spm...memang nikmat..sb baru rasa cuti sekolah..walaupun masih ada tugasan yang perlu dibuat...he.. ( oh..sps..)tahun lepas dah jaga spm, tahun ni jaga pmr je..so..arni..ready for next year lorr... =)

entry kali ni..saya nak cite tentang kerjasama...gambar yang saya post ni memang best bagi saya sb tanpa kerjasama pasti ada yang jatuh..jatuh ke dalam lubang..pasti ada yang tersungkur...

tahun ni alhamdulillah..Allah bagi nikmat pada sy melayari prkahwinan..saya dan suami  boleh dikatakan bercinta selepas berkahwin..sehingga ke hari ini, kami masih dalam berusaha mengenali antara satu sama lain..kadang kala memang kelakar...dalam proses mengenali ini...ada rasa geram, merajuk ( rajuk manja..he)..sayang, sedih, ceria....sy x nafikan dalam perkahwinan, proses kenali pasangan merupakan satu proses yang berterusan dan menuntut kesabaran..apa yg penting..perlu ada saling tolak ansur..hormat menghormati...tdk memendam perasaan, selalu berbincang dan ..saling memaafkan...

jika kita ikut rasa..pasti binasa..
jika kita ikut hati..pasti mati...
jika kita ikut nafsu..pasti lesu..

Siapa yang perlu memberi peranan dalam mencintai dan dicintai ini ??? Jawapannya pasti lah kedua-duanya. Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi...Jika isteri sahaja yang mengalah, suami tidak mahu beralah sudah pasti kita akan kalah dan tewas dalam perkahwinan...Kalau suami sahaja yang memohon maaf, isteri diam seribu batu tanpa berbincang..hari-hari meniti perkahwinan dirasakan seperti batu yang menghimpap diri..

Benarlah doa itu senjata mukmin...Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan suami atau isteri yang penyejuk hati.. Solat berjemaah itu paling utama dalam perkahwinan.. Walaupun ada rasa rajuk atau geram..tapi percayalah selepas solat berjemaah, tatkala doa dipanjatkan dan tangan dua jiwa bertemu menggegam erat, in sya allah akan lembut hati keduanya..pasti syaitan akan menangis kecewa kerana gagal memecahbelahkan perkahwinan... Di sinilah, konsep berbincang dan saling memaafkan amat sesuai dilakukan..In sya allah yakinlah...

Setakat ini sahajalah perkongsian saya pada kali ini...doakan saya yang masih setahun jagung melayari perkahwinan..agar saya dan suami sentiasa bekerjasama dalam mencintai dan dicintai....selamat melakar cinta firdausi ~

sayang abang..

alhamdulillah.. ^ _ ^

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails