Tuesday, May 31, 2011

sesuci kain putih.......

" myra tak nak turun...myra tak nak turun...."

myra menjerit-jerit dari tangga...

" tokwan jahat...myra tak nak kawan tokwan...myra nak kawan dengan syaitan..."

hanan memandang myra dari bawah...

" myra...mei cik hanan cite mcm cerita kurma aritu nak..."

hanan cuba memujuk myra..tiba-tiba myra turun dari tangga dan duduk menghadap hanan yang ketika itu baru sahaja solat..

" myra..jom ikut cakap cik hanan...astaghfirullahala'zim.....astaghfirullahala'zim...astaghfirullahala'zim..."

myra bangun. " cik hanan..myra nak pegi ambil air...nak padamkan api.." cik hanan terkesima.

beberapa minit kemudian, myra datang dengan mukanya dibasahi air.

" myra..kenapa mira basuh muka?? "

" yelah..myra nak lawan api.." subhanallah..hanan faham bahawa syaitan itu dari api.mgkin pernah diceritakan di sekolahnya.

Hanan menghadap myra. Senyum. " Myra..myra..cik hanan nak cite kisah nabi adam..."

Myra tekun mendengar. " Myra, dulukan sewaktu nabi Adam diciptakan..seluruh makhluk..malaikat duduk sujud kepada Nabi Adam..tapi ada satu je yang tak mahu sujud..."

" Klu myra nak tahu..itulah iblis yang myra sebut tadi...dia tak nak sujud kat Nabi Adam sb dia kata diperbuat daripada api..sedangkan nabi Adam dari tanah. Lalu Allah pun murka kepada iblis. Iblis berjanji kepada Allah..yang dia akan menghasut manusia berbuat jahat supaya manusia sama-sama masuk neraka.."

" myra tahu tak neraka dan syurga tu apa.."

" neraka tu tempat orang jahat..syurga tempat orang baik.." myra menjawab...

" ha..pandai pun...dekat syurga..apa yang myra nak...semua akan dapat...myra nak apa kat syurga..??" hanan cuba memancing myra..

" ha..myra nak coklat..myra nak buah durian...tapi myra nak pisau juga sebab nak buka buah durian tu.." myra senyum sambil matanya membayangkan buah durian...

hanan tersenyum. " boleh myra..kat syurga..myra boleh minta apa sahaja..myra xyah mnta pisau..nanti Allah bagi buah durian yang siap terkopek dah...myra makan je..best tak??"

giliran myra pula tersenyum. " tapi kan myra..kat neraka...tempat iblis..syaitan... panas sangat....cuba myra tengok api kat dapur, kalau kena kat myra..sakit tak.."

myra angguk..mukanya tunduk..

"myra nak tau tak...kat neraka kan..kalau myra nak minum...nanti myra kena minum air panas..bila masuk kat tekak..nanti melecur tekak myra...pastu kalau myra nak makan..nanti myra dapat makan..tapi kan buah myra ada duri banyak...kalau makan, nanti habis luka leher myra.. nak tak??? " hanan bertanya myra. Cepat-cepat myra menggeleng. Taknak.Ada wajah ketakutan pada myra.

Hanan bercerita lagi.." Myra tahu tak..klu kat neraka..iman tak boleh jumpa mak..jumpa ayah..jumpa tokwan..jumpa cik hanan..nanti myra cakap..mak, ayah, tokwan...myra takut duduk kat sini...myra nak ikut mak,ayah,tokwan... myra nangis..myra panggil orang yang myra sayang. tapi myra dengar suara..tak boleh..tak boleh jumpa!!! keras bunyinya..garang suaranya..sebab waktu myra kat dunia myra taknak dengar cakap mak..myra taknak dengar cakap ayah..myra taknak dengar cakap tokwan.. myra nak kawan dengan syaitan..emak, ayah, tokwan, cik hanan sume tak boleh tolong myra..." cik hanan bercerita dengan nada suara yang sedikit keras. Cik hanan memandang myra. Myra tunduk..Tiba-tiba hanan terdengar ada sedu..Ya Allah ..si kecil Myra menangis. Teresak-esak. Myra takut. Hanan memeluk myra.

" Myra..myra takut masuk neraka yer.." Hanan bertanya myra. Myra mengangguk. Air mata masih mengalir.

"Myra sayang mak..sayang ayah..sayang tokwan..sayang cik hanan..kan..??" Anggukan myra laju.

" Hmm..klu macam tu, myra minta maaf balik kat tokwan..." Myra bingkas bangun. Bergegas ke dapur mencari Tokwan.

Dari luar, hanan dapat mendengar myra meminta maaf dekat tokwan. Tokwan memujuk myra. Hanan tersenyum..

" Ya Allah. semoga anak kecil ini menjadi anak yang solehah..lembutkan hatinya Ya Allah.." Hanan berdoa dalam hati. Tersenyum. Itulah anak kecil...SESUCI KAIN PUTIH... kita yang mencorakkannya...kita lah yang akan dipertanggungjawabkan kelak...


p/s : kisah benar yang telah diolah...=) smg bermanfaat.


... arni .............

....... sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat .....

Monday, May 23, 2011

cerita kehidupan...

apabila dua hati bersatu..
dengan lafaz sakinah...
satu akad..satu janji...
maka lahirlah sebuah kehidupan lain..
yg mmbenihkan rasa sayang..
yg membuatkan diri bahagia..
itulah yang digelar anak....

anak kecil ini..
tidak mengenal erti kehidupan..
apa itu hidup...apa itu rasa cinta..rasa benci...
dunia yg mncorakkannya..
klu hitam..maka hitamlah..
klu putih..maka putihlah..

anak ini membesar..
ikut acuan ibubapanya..
ikut acuan 'dunia'nya..

cabaran..dugaan...
yang mematangkan diri...
yang mencorakkan kehidupan..
suka..duka..sedih..gembira...
ada lawan..ada kawan..

wahai anak..
pilihlah yg mana intan..yg mana kaca..
bersahabatlah dgn org yg baik...
berdoalah agar dipertemukan dgn orang yg ikhlas...

bersabarlah wahai anak..
kdgkala apa yg kamu tdk sukai..
itulah yg membawa kebaikan kpdmu...

bersabarlah wahai anak..
Allah itu maha Adil..
kadangkala Allah tidak makbulkan doamu kerana Dia tahu apa yg terbaik untukmu...
yakinlah ada hikmah di sebaliknya...

bersabarlah wahai anak...
jadikan kehidupan sebagai jalan mencari redha Ilahi..
tingkatkan ilmu..
tuntutlah ilmu..
jgn malas..
jgn segan..
sentiasa berusaha ke arah kebaikan..

bersabarlah wahai anak..
kebahagiaan pasti menjadi milikmu....
selagi mana kamu masih berpegang kpd ALquran dan Sunnah Rasulnya...

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails