Sunday, September 27, 2009

bila nak kahwin???


Jawapan2 yang selalu kita dengar....

"entahlah.."
"tiada calon lagi.."
"tak sampai seru lagi.."
"ada halangan keluarga...keluarga tak boleh terima dia..tak sekufu.."
"parents dah ader calon lain..."
"nak tumpu kerjaya dulu...nak tolong keluarga..."
"relax2 lah dulu..bercinta dulu...enjoy dulu...."
"duit tak cukup lagi.."
"biarlah Allah sahaja yang menentukannya....ada jodoh adalah...."

Pasti ada yang tersenyum,bukan..=) yang mana satu jawapan kita??? kita jer yang tahu...

Keyakinan pada kalamullah

"Dan antara tanda-tanda kekuasaan Allah, dijadikan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu juga supaya kamu rasa senang kepadanya dan dijadikan antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang, sesungguhnya ia adalah keterangan bagi kaum yang berfikir.." al-Rum, ayat 21

Ramai yang berkongsi rasa,mengatakan bahawa pada mula-mulanya mereka tidak boleh menerima pasangan mereka...kontra habis...yang si suami selekeh,si isteri kuat melaram...si suami kuat bercakap,si isteri pendiam....si suami tegas, si isteri lembut....asyik nak bertengkar ajer...mcm anjing dan kucing....=)

Akhirnya selepas berbulan-bulan...bertahun-tahun hidup bersama...barulah pasangan ni terfikir.."ooo..patutlah jodoh aku dengan dia ni...rupa-rupanya kami saling melengkapi..." Subhanallah....Allah yang maha Bijaksana mengatur alam ini...

Keutamaan membuat pilihan

Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan dalam hadisnya yang bermaksud...

"Dikahwini seorang perempuan itu berdasarkan empat perkara kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya,maka utamakanlah pemilihan perempuan yang beragama, pasti kamu akan mendapat keuntungan.."
Kebanyakan orang akan terpana dengan kecantikan/ketampanan seseorang itu..tetapi jika ini yang menjadi pilihan utama..sanggupkah kita melihat wajah mereka apabila mereka sudah tua...atau mungkin berlaku kecacatan kepada mereka...adakah kita masih sayangkan mereka pada ketika itu???

Point yang kedua...apabila kita melihat orang itu kaya...bergaji besar..berkereta mewah...jika kita memilih mereka berdasarkan kekayaannya..sanggupkah kita hidup bersama mereka jika satu hari nanti mereka jatuh miskin...kesihatan mereka ditarik balik sehingga mereka hanya mampu terlantar di katil....adakah ketika itu,kita akan menyumpah seranah mereka kerana tidak dapat memberi kemewahan kepada kita ???

atau mungkin kita memilihnya kerana keturunannya...maybe ada yang memilih pasangan itu apabila melihat keluarga mereka kaya..rumah keluarga si dia besar...mak ayah siap ada title dato' n datin...tapi pernah ke kita terfikir..siapakah yang memberi harta kekayaan itu??dan Allah hanya pinjamkan seketika harta itu...dan tak semestinya famili mereka kaya..si dia juga kaya...atau tak semestinya ahli keluarganya kelihatan baik2..si dia juga baik...atau tak semestinya kita lihat keluarganya tidaklah 'alim' sangat..si dia juga begitu...

tetapi hadis ini amat menekankan agar kita memilih yang beragama...kenapa??

Bagi pandangan saya..hanya agama yang dapat menyelesaikan apa jua masalah yang bakal dihadapi kelak...Orang yang ada kefahaman, pasti akan redha jika sesuatu berlaku kepada pasangannya..mereka akan berkata "Allah sedang mengujiku.."..mereka tidak akan menyalahkan takdir jika Allah tarik nikmat yang mereka kecapi...kesihatan..kekayaan..anak-anak....Malah insan-insan yang beragama ini akan sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka miliki....kerana kebahagiaan bagi mereka adalah apabila Allah REDHA dengan mereka.......kekurangan pasangan akan mereka perbaiki dan kelebihan pasangan akan mereka syukuri....

Nak yang soleh..kena jadi solehah dulu
Kesimpulannya....

"Perempuan yang baik itu,untuk lelaki yang baik..begitulah sebaliknya.."

.nak yang baik..kita kena jadi baik dulu...dan pilihlah yang beragama untuk kebahagiaan dunia dan akhirat...Jika kita mendapat keempat-empat ciri tersebut..bersyukurlah...itulah BONUS untuk kita di dunia ni...

"Yakin dengan perancangan Allah..." =)

Wallahualam....


......arni......

.....sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat......

Monday, September 21, 2009

raya oh raya...

salam aidilfitri,maaf zahir dan batin semua....tahun ni, pengalaman pertama turn saya pula memberi duit raya...walaupun tidak lah banyak saya bagi kat mak,sepupu2 n anak buah saya tu..tapi saya rasa seronok kerana dapat memberi pula tahun ni...

Rasa gembira apabila melihat muka mereka gembira....satu kepuasan !!

"memberi itu lebih baik daripada menerima..." tidak kisahlah jika nilainya kecil atau besar...yang penting niat kita,kan....=) memberi sekadar yang mampu...menghulur sebagai tanda kita insan yang bersyukur...

arni: time kasih kak nurul n mak..sb bg juga duit rayer...=)



...arni....
...sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat....

Thursday, September 10, 2009

10 malam terakhir ramadhan...

KEJAP JER....dah hari ke 20 puasa....masa yang berlalu semakin pantas..benarlah manusia akhir zaman nanti akan merasakan masa itu bukan emas lagi,tapi masa itu adalah NYAWA...

Manfaatkan 10 malam terakhir ini..untuk terus mencari...dan mencari.....malam yang begitu istimewa iaitu..malam LAILATULQADAR.....

Semoga kita insan yang istimewa itu..amin...=)

Sunday, September 6, 2009

Tarian poco-poco yang tersirat.....

Salam ramadhan....baru-baru ni, saya telah menerima emel daripada sahabat saya.Saya berasa sangat terkejut dengan pendedahan asal-usul tarian poco-poco ni..Saya tidak dapat memastikan kesahihan cerita ini.Jadi, saya mohon sesiapa yang lebih arif tentang sejarah poco-poco ini atau dapat memberi hukum mengenainya dapat menjelaskan dengan lebih tepat lagi agar akidah kita terus terpelihara dan tidak sebagai follower sesuatu budaya sahaja...

Ini petikan emel tersebut:

"Assalammualaikum.
|
|
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.
| Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang
| sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya
| masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2
| kerajaan ketika manghadiri kursus.
|
| Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari
| Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka
| menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja
| bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
|
| Mungkin kita x perasan
| kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa.
| Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu
| apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama
| maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga
| yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma
| tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
| Marilah kita sama2 fikirkan."
|
|
| Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan
dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan
seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.
| Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil
inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata
mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan
daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
|
| Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci
tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat
islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak
berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.
| WALLAHUALAM....

....sebarkanlah ilmu walaupun sepotong ayat...
.....arni...
|

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails