Monday, March 30, 2009

Diskriminasi kelas....wajar atau tidak????

"ckgu..kelas kami ni mcam neraka je...cuba ckgu tgok kelas 1 S tu ..sejuk je..nyaman..pastu senyap jer..." luah seorang anak murid sy di kelas 1 H....terkejut..nak tergelak pun ader....memang kesian tgk bdk2 1 H ni belajar..dah lah kebetulan kipas rosak dalam kelas mereka..ditambah lagi keadaan kelas yang bising...

1 H ni bolehlah dikategorikan kelas yang agak lemah, manakala 1S kelas yang cemerlang,di mana kebanyakan muridnya mendapat keputusan yang baik sewaktu UPSR.....

"ha tahu pun..dah lah kelas ni panas..pastu awak sume pule suka wat bising..abih tu macamana nak aman..." sengaja saya mengusik murid sy ni.."A'ah la ckgu..he.." kata anak murid saya sambil tersenyum simpul...sedar akan kesilapan diri barangkali...

Mengajar di kelas 1 H memerlukan kesabaran yang tinggi...keadaan kelas yang tidak begitu kondusif..ditambah lagi dengan perangai murid2 yang 'hyperactive'...kuat menyanyi...kuat berjalan..dan kuat menyakat....aduh..memang pening....

....anak murid yang pelbagai ragam...


Bukan ke pelajar yang cerdik perlu membantu pelajar yang lemah ???

"Patut ke kita asing2kan pelajar?" tanya seorang sahabat kepada saya.

"Bukankah dalam Islam sendiri kita tidak boleh membeza-bezakan mereka??" soalnya lagi.

"Memanglah kita tak boleh beza-bezakan mereka, tapi bagi seorang guru dengan mengasing-asingkan pelajar mengikut kemampuan mereka, dapat membantu seorang guru tu untuk mendapatkan kaedah yang sesuai untuk pelajar tersebut.." saya cuba menjelaskan dari perspektif seorang guru.

"tapi cuba fikir...masa pelajar tu dengan seorang guru adalah sedikit jika nak dicompare dengan masa dia dengan kawan2 di sekelilingnya.." saya diam, cuba untuk memahami.

"jadi, kalau terdapat kawan2 yang baik dan cerdik di sekelilingnya sudah tentulah dia sama2 boleh belajar dan dapat 'something' daripada kawannya itu. Kan kita kena tolong-menolong..macam dalam usrah..kawan2 yang lebih berpengetahuan dan berkefahaman akan membantu kawan2nya yang lain." terang sahabat saya ni panjang lebar...walaupun sahabat saya ni bukanlah seorang pendidik, tapi disebabkan terdapat ahli keluarganya yang melibatkan diri dalam pendidikan, jadi secara tidak langsung sahabat saya ni agak faham dengan tugas seorang guru..terima kasih ya sahabat atas buah fikiran..=)

"erm..memang tu tidak dinafikan..memang diskriminasi kelas ada pro n kontra..."

" tapi kesian juga klu bdk2 yang pandai tu duduk ngan pelajar2 yang agak lemah, takut dia boring pula klu ckgu ajar lambat.."

" tapi memang kesian jugalah ngan budak2 lemah tu akan kurang motivation..bila lihat kengkawan mereka juga satu kepala ngan mereka...dan tambah lagi kesian sb ada ckgu2 yang marahkan kawan2 lain yang nakal..abis terganggu pelajar lain yang nak belajar.."


Multiple intelligence


....cikgu kena kenal pelajar...



"Cikgu2...cikgu2 kena kenal dengan pelajar ckgu2.."

" Sebenarnya kita kena gunakan minat dan kelebihan diorang tu untuk kita atasi masalah dalam kelas...kita kena gunakan 8 multiple intelligence pelajar2 ni...contohnya interpersonal, intrapersonal, kelebihan dalam bidang muzik, menyanyi, dan sebagainya.." terang cikgu cemerlang, Pn Marliszah (minta maaf jika salah eja nama =p) sewaktu saya menghadiri LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) baru2 ni...

"erm..menarik juga penerangan penceramah kali ni" saya buka telinga besar2..nak dengar lebih lanjut..

"macam ni ckgu..contohnya anak murid kita ni memang tak suka duduk diam..asyik berjalan je kerjanya..jadi, ckgu pilihlah dia jadi orang yang akan sampaikan maklumat ckgu kepada kawan2 diorang sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan. Cikgu hanya perlu terangkan kat dia, dan dia yang akan terangkan kepada kumpulan yang lain.."

" Cikgu, cikgu gunakan aje dia..di samping dia rasa 'seronok' berjalan2 ke kumpulan2 lain..dia juga akan dapat ilmu lebih sb dia dapat ilmu 'direct' daripada cikgu..pastu siap boleh terangkan lagi kat kgkawan yang lain...anak murid saya dulu, dia yang dapat markah paling tinggi.." tersenyum saya mendengar penjelasan ckgu cemerlang ni...

"kalau anak murid ckgu suka menyanyi..gunakan ckgu..macamni ckgu..ckgu suruh dia reka lagu 'bangau oh bangau' ke..tak kisahlah tapi ckgu suruh dia wat lirik berkaitan dengan pelajaran.."

"bertambah menarik ni.." getus saya di dalam hati..

Tambah beliau lagi.." contohnya macam ni..."

'keje oh keje..kenapa kau susah sangat nak dapat keje'
'macamana aku nak dapat keje..result tak bagus sangat...result tak bagus sangat..'

maknanya antara faktor nak mendapatkan peluang pekerjaan ialah faktor keputusan atau kelayakan.. mudah dan menarik, bukan....

terima kasih puan atas perkongsian...=) maknanya kita jangan label2kan pelajar kita..setiap daripada mereka ada kelebihan masing2...jadi gunakan untuk yang lebih baik...

"Walaubagaimanapun..diskriminasi kelas itu memang ada pro n kontranya..jika saya sebagai pentadbir..saya rasa saya susah nak bertanggungjawab jika pelajar yang pandai itu dimasukkan ke kelas yang sama dengan pelajar yang lemah n nakal..saya bimbang jika perlu dipertanggungjawabkan atas perubahan sikap pelajar itu ke arah negatif dan prestasinya pula merosot kerana terpengaruh dengan rakan mereka.."

"tambahan pula, lebih senang jika panitia atau guru nak sediakan bahan atau soalan mengikut aras keupayaan mereka.."

erm....nampaknya memang banyak pro n kontra nya diskriminasi kelas ni...
kadangkala mudah bagi ckgu..susah pula bagi pelajar..
kadangkala susah bagi ckgu...itulah yang menjadi harapan bagi pelajar...

memang pening...memang banyak pro n kontranya..apa yang penting..

"pisau dan mentimun di tangan anda..ckgu yang perlu bijak memainkan peranan...anak murid kita sebenarnya adalah 'tabung2 uji' yang perlu kita jalankan 'eksperimen' ke atas mereka...bergantung kepada kekreatifan kita sebagai pendidik..."

dan last sekali..apa yang penting..BEKERJASAMA...Ikhlaskan hati..niat nak bagi 'something' kat diorang..sb siapalah kita nak suruh mereka belaja..Hanya Allah yang boleh bukakan pintu hati mereka ni...apa yang penting..kita cuba berikan apa yang mampu.......=)

Wednesday, March 11, 2009

Muhammad....

"lahirnya penyelamat umat...."
"penyeri kehidupan..."
"akhlak terpuji.."
"pemimpin agong.."
"solawat dan salam untuk Rasul junjungan...Nabi Muhammad s.a.w.."


Salam maulidurrasul.....Pada 12 Rabiulawal lahirnya seorang manusia yang sangat berperibadi mulia, kelahirannya membawa cahaya kepada dunia kegelapan...dunia yang sebelum ini penuh dgn kehitaman diwarnai dengan kejujuran,keikhlasan,kasih sayang..indahnya saat itu....Sewaktu kelahirannya, bumi terang benderang dan kegembiraan dpt dirasa...Hanya air mata kesyukuran yang dapat menterjemahkannya...Itulah kelahiran seorang manusia agong iaitu Nabi Muhammad s.a.w...

Ada pendapat mengatakan,mgapa kita perlu membuat sambutan maulidurrasul sedangkan penghayatan yang perlu..Ya, saya setuju bahawa penghayatan itu penting, tapi jika tiada sambutan dibuat..berapa ramaikah yang 'terjaga' dari lena bahawa 12 Rabiul'awal adalah tarikh yang sgt penting bagi seorang ISLAM..itupun apabila melihat di kalendar, hari Isnin adalah CUTI sempena Maulidurrasul...Tambahan pula kita bukan menggunakan sistem kalendar hijrah..

Alhamdulillah, saya berpeluang melihat acara sambutan maulidurrasul yang diadakan di televisyen. Saya berasa sangat terharu dan bangga apabila melihat senarai penerima anugerah Maulidurrasul..Hati saya sangat sejuk apabila melihat adik Muhammad naik ke pentas menerima hadiah..indahnya rasa jika mempunyai seorang anak yang begitu..akhlak yang baik, tahfiz dan memiliki suara yang menyejukkan hati apabila mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran..Anak soleh inilah yang akan mendoakan kita jika kita meninggal kelak..

"setelah meninggalnya seorang anak Adam itu, terputuslah amalannya melainkan ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh.."



Anak amanah Allah....
(anak sedara..nur iman insyirah..)


Teringat saya pada remaja sekarang..mengapakah akhlak mereka semakin hari semakin merisaukan...rupahal jika dicompare dengan zaman mak ayah kita dulu..sekarang lagi banyak program agama..ceramah agama, cd pembelajaran agama dan buku-buku agama...Di manakah silapnya???

Saya amat percaya bahawa didikan anak itu bermula dari rumah...Di rumahlah peranan ibubapa untuk 'melentur buluh sejak kecil'...sebab itulah Islam sudah menggariskan panduan memilih isteri, suami, cara pergaulan,adab ketika bersama, cara mendidik anak...memang Islam agama yang syumul dan lengkap...

Islam telah menjumpai kaedah yang paling sesuai dalam mendidik anak..teori yang mengatakan bahawa anak boleh mendengar dan dididik sejak dari kandungan oleh Barat sudah lama dipratikkan dalam Islam yang menggalakkan ibu mengandung membaca surah-surah tertentu seperti Surah Yusof, Luqman, Mariam...Oleh sebab itulah Islam menyuruh kita menjaga pergaulan sejak di awal perkenalan lagi...sb sifat anak kita kelak adalah dari apa yang kita telah lakukan sejak kita berkenalan lagi...


Saya pernah terbaca dalam sebuah majalah, adik Muhammad dididik dengan suasana Al-Quran sejak kecil lagi, dididik dengan solat jemaah dan amat menjaga pemakanan..Walaupun ibubapanya bukanlah seorang ustaz atau ustazah tapi dengan rahmat Allah..kedua ibubapanya dapat memberi didikan yang baik kepada keluarganya..dapat menerapkan nilai Islam dalam diri anak-anaknya..Itulah kasih sayang Allah yang Maha Adil..

Inilah yang dikatakan mukmin professional yang menjadi golongan yang beragama, bukan semata-mata golongan yang belajar agama...Saya rasa memang patut JAKIM mengambilnya sebagai anak angkat..Golongan inilah yang perlu dijaga agar negara dan agama kita tidak kehilangan lagi permata yang menyinar ini..agar kita tidak kehilangan lagi 'sofea yang genius..'...Semoga adik Muhammad akan terus menjadi ikon bagi anak remaja di negara kita..Amin...

Wednesday, March 4, 2009

jumpa geng....=)

alhamdulillah...sy berkesempatan jumpa geng n adik2 fasi empayar fasilitator pmium baru2 ni.....rndu rasa zaman u dulu..join program..terima kasih ye mantan emfas krn sudi jemput..dpt makan n hadiah he...smg success selalu..teruskan usaha murni kalian !!!!


'abg2 fasi n kakak2 fasi yang comel, cerdik dan ceria =)'


***faedah jadi fasi:***
  • boleh belajar berkomunikasi ngan orang lain
  • boleh main2 ngan adik2
  • enjoy..dapat bnyk pgalaman...insaf diri..
  • satu medan dakwah..
  • satu cara 'bermesra' dgan masyarakat luar..
  • kdg2..dapat juga 'pitis'...he..
  • apa yang penting..boleh PERBAIKI diri sendiri sb kita kena AMAL apa yang kt pesan kat adik2..=)

Kesimpulannya...jadila fasi..he...

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails