Thursday, February 26, 2009

Usahawan..dari satu IMPIAN..menjadi sebutir MUTIARA....



ahli2 ALP (Ahli lembaga pengarah) n guru pembimbing..


Baru-baru ni..saya baru sahaja menghadiri kursus pengenalan kpd ahli lembaga pengarah dan guru pembimbing syarikat program usahawan muda PERMATA Negeri Selangor.Bertempat di De Palma Inn, Shah Alam membuatkan sy berasa bahawa anak-anak Malaysia sgt bertuah kerana sentiasa diberi peluang untuk menuntut ilmu..tiada bayaran dikenakan..pendek cerita, semuanya FREE...makanan hotel,menginap di hotel,dan bahan2 modul... (jika mereka bukan bergelar seorang student,sudah tentu kosnya mencecah beratus ringgit seorang). Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk memulakan sesuatu perniagaan,bagaimana menguruskan sebuah syarikat,apakah produk2 kreatif yang dapat dijual,cara membuat akaun dan cara untuk berkomunikasi.


amboi...seronoknyer waktu aktiviti dijalankan..=)


khusyuknyer....=p


Apabila saya menghadiri program ini..saya berfikir sejenak, segala usaha, bengkel,kem telah diadakan, tetapi mengapakah negara kita masih kurang menghasilkan usahawan Bumiputra yang berjaya?? Adakah kerana bengkel2 yang dijalankan kurang berkesan?? atau adakah kerana sikap kita sendiri yang mcm ngara 4 musim..(maksudnya selepas kursus bersemangat..kemudian lama2 mudah jemu dan putus asa apabila tidak mencecah sasaran..)atau adakah usahawan Bumiputra sendiri mempunyai sikap 'jangan lebih dari aku'??? Saya tidak pasti...

Daripada program ini, saya ingin berkongsi cerita daripada seorang penceramah jemputan, En Tahir Taib yang menjadikan kata2 seorang rakyat Jepun kepadanya bahawa "industri tayar..no die !!!" sebagai peransang kepadanya untuk membuka kedai tayar...Beliau berkata, tiap2 hari orang akan pakai kereta..lama2 mesti kena tukar tayar..bayangkan jika sebuah kereta, 4 tayar..berapa ramai orang yang akan tukar sebuah tayar dalam sebulan?? setahun ???..walau macamana ekonomi meleset pun, orang pasti kena tukar tayar juga kalau nak gerak...HEBAT,bukan??..Pemikiran yang Allah berikan kepadanya..

Beliau berkongsi lagi..budaya berniaga orang Cina ialah "jangan lawan harga"..maksudnya mesti kasi sama2 untung..jangan turunkan harga pasaran...mesti bekerjasama..xde istilah "jangan lebih dari aku".."ilmu pelaris" dan sebagainya !!
Sekali lagi saya kagum dengan usahawan kental yang pernah mendapat harga jualan tidak sampai RM10 sehari..yang sanggup menceburi bidang yang orang kata, memang takleh pakai smart sb asyik kotor..=) Saya berasa bangga dengan beliau kerana berjaya membuktikan bahawa orang Melayu boleh berjaya..!!! Syabas dan terima kasih di atas pengalaman yang sgt berharga !!

Semoga program PUM PERMATA akan melahirkan lebih ramai usahawan soleh dan solehah yang bukan sahaja bergelar jutawan malah menjadi penyumbang utama dalam pembangunan ummah di negara kita ini..

Usahawan..dari satu IMPIAN..menjadi sebutir MUTIARA....=)


Tuesday, February 17, 2009

alhamdulillah..anak didikku ingin berubah....

hari ni...hati kecil sy terusik...pelajar yang selalu serong ( ponteng ) kelas telah datang ke lab sc..bukan shj datang..malah mula menyalin nota!!!..alhamdulillah....

begini ceritanya...ari tu pelajar sy yang tiga sekawan ni (perempuan) ni ponteng sewaktu kelas sy...apabila sy tanya kgkawan yang lain, mereka mengatakan mrk ini memang suka ponteng kelas..sy berkata pd diri..pelajar ni mesti dibantu...

pd keesokannya..ada satu masa shj..ini bermkna,sy yang akan pergi ke kelas mereka..mereka tdk perlu ke lab...sy bertanya mgapa diorg ponteng..nak tahu jwpnnya.."sajer je cikgu..tak der keje..."..dan nak tau tempat lepaknyer ialah toilet....perasaan sy wktu tu..sbr jelah...

selang beberapa hari..2 pelajar dr geng td dtang..mengatakan mnta maaf sb x dtg kelas sy..dan berjanji akan masuk ke kelas...

tp..apa yang berlaku...JANJI TINGGAL JANJI...pelajar ini tak datang ke kelas..ponteng lagi...saya rs sgt sdih dan kecewa dgn sikap anak murid sy ni...sehinggakan keesokkan harinya..sy berkata sy dah tak nak layan mereka lg....sy teruskan mengajar tanpa memandang muka mereka....sy dah tak tanye lagi kenapa mereka tak pergi ke lab jk 2 masa....sblum sy beredar..sy cuma berpesan.."sape yg dah rs ketinggalan..tak fham..sila buat appoinment ngan sy.."...

dan sekali lagi....keesokan harinya pelajar ini dtg berjumpa sy..nak tahu apa die ckp ngan sy??? "ckgu..knape ckgu tak pandang muka kitorang wktu mgajar?? keck hati kitorang..." sy nak tergelak waktu tu..yelah sy yang spatutnya merajuk..tapi diorang pula nak merajuk...kelakar2 dunia skrg...sbnarnya sy saje je cb mg'abaikan' mrk sekejap sbg pengajaran..alhamdulillah terusik jg mereka...

TIPS: kdg2 pelajar suka nak perhatian...so teacher must knows how to handle it !!!

mggu depannya..iaitu mggu ni..hari isnin..mereka bertiga datang ke lab....tapi...datang jelah...tak salin nota...aduh...sabar jelah..hr tu sy teringat cerita perkgsian crt dr shbt baik sy, aini azhari...kisah keldai yang degil..taknak minum air walaupun dipaksa..sy pun relate kanlah.." tgok keldai ni taknak minum air walaupun dipaksa..dan ada air di depan mata..macam tulah diri wak semua..klu sy dah terangkan berulang kali..dah buat power point..discuss workbook..tp klu awak sendiri yang tak mahu tlg diri awak...sy tak mampu buat aper2.." semua plajar sy diam....sy tak tahu apa yg mereka fikirkan..sy hrp mereka faham tp kfdgkala KEEGOAN mengatasi kelemahan.....

dan hasilnya...alhamdulillah seorang pelajar drpd 3 orang pelajar masuk ke lab dan menyalin nota...yg lagi 2 org masih lesap hehehe....HEBAT betul diorang nikan...tapi tak mengapalah..insya Allah usaha yg berterusan dan ksbran dapat mengatasinya...Hanya DOA yang dapat sy kirimkan kpd mereka..mg2 Allah lembutkan hati mereka..Amin...sy yakin masih ada SINAR di hadapan..Insya Allah...=)

Monday, February 9, 2009

penyembuh hati.....

Photobucket

mcamana nak buat klu anak didik mengeluh...???


"teacher...penatlah nak salin.......!!!!" ..."teacher..banyaknyer...!!!".....inilah ungkapan yg selalu sy dengar bile sy suruh anak murid sy salin nota.....kdg2 geram jer rasa....

nak tau..sy atasinya mcamana??? he..sy ckp kat anak murid sy..." teacher tulis tak nota kat white board ni ???" dan anak murid sy pun akan kata.."tulis.." ..sy tanya lagi.."teacher ader mengeluh tak???"..serentak diorang ckp.."tak.."..jd sy pun terus lah ckap..." klu mcam tu..kita same2 tulis..teacher tulis..awak pun tulis..jd adil lah kan..so, kt jgn sama2 mengeluh....lgpun awak kan nak pandai..."...n alhamdulillah..anak mrd sy akan terus menyalin nota dgn muka yg tersenyum..sb terasa kootttt he........

tapi inilah teacher...kdg2 kt kn sbr ajer....esp bile kt rancang..lain yang jadi....lg geram bile teachernye bersemangat..anak murid pule yang longlai...he..mybe kgkawan ader cr yang tersendiri....slmt berkongsi...=)

bacalah post di bawah juga..=)

Related Posts with Thumbnails